Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Umno-BN Sudah Putus Pertalian Dengan Rakyat

dt_1

SHAH ALAM 21 Nov - Setelah 53 tahun memerintah Malaysia, Barisan Nasional yang ditunjangi oleh Umno kini telah terputus ikatan dengan rakyat sehingga melaksanakan dasar yang bertentangan dengan kepentingan negara dan kehendak sebenar rakyat bawahan tetapi sebaliknya mengayakan segelintir kecil kelompok yang rapat dengan pimpinan elit.

Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata hasil daripada terpisahnya Umno-BN daripada realiti penderitaan rakyat, maka timbulkan pemikiran seperti pembinaan menara 100 tingkat yang hanya mengenyangkan kroni dan kauk kerabat pemimpin mereka.

"Umno-BN dah terputus atau 'disconnected' daripada dunia kenyataan. Mereka masih tidak faham bahawa kekalahan teruk dalam pilihan raya umum 2008 bermakna rakyat sudah menolak mereka. Sebab itulah mereka masih boleh berfikir untuk membina bangunan 100 tingkat tanpa memikirkan apakah ini boleh mengangkat rakyat daripada keperitan hidup dan kesengsaraan mereka.

"Kalau kita baca Hansard Parlimen dan melihat kepada hujah ahli-ahli parlimen Umno-BN mereka tidak lagi mampu mempertahankan segala dakwaan rasuah, salah guna kuasa, penyelewengan tetapi mereka sekarang cakap, 'Pakatan Rakyat pun rasuah juga', kalau kita cakap pasal isu pasir, 'hang pa pun curi juga'. Kalau kita hentam SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya), mereka jawab 'SPR kamu (JPP) pun tipu juga'.

"Mereka sudah tidak boleh berhujah untuk menyangkal segala dakwaan kepada mereka. Umno-BN sudah sampai ke tahap sebegitu rendah keana mereka tahu rakyat tidak lagi dipihak mereka," kata Anwar pada perhimpunan 'Rapat KEADILAN: Anwar Pengemudi Zaman' di sini Jumaat lalu.

Ahli Parlimen Permatang Pauh itu berkata rakyat tidak lagi mempercayai slogan Umno-BN hinggakan konsep 1Malaysia yang dicanang oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak diperolok-olokkan.

"Mereka sudah habis ikhtiar untuk memperbaiki imej bobrok mereka. Kalau mereka bawa isu 1Malaysia, rakyat akan kata, '10 untuk Najib dan Rosmah, 1 untuk rakyat', sebut sahaja pasal isu Beng Hock, SPRM kena hentam, jadi Umno-BN sekarang tidak boleh elak lagi dan banyak persoalan tidak terjawab," tegas Anwar lagi.

0 Komen pengunjong :