Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Umno-BN Kaki Fitnah Pecah Belahkan Perpaduan Kaum

galas-sk
Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang menyeru Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak melucutkan jawatan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ali Rustam sekiranya negara serius mahu memperjuangkan kesepaduan kaum di Malaysia.

Kit Siang berkata ini berikutan kenyataan Ali yang dianggap fitnah yang menjadikan beliau tidak layak menjadi Ketua Menteri kerana meracuni fikiran rakyat bermusuhan antara kaum.

Beliau didakwa mengeluarkan kenyataan berunsur hasutan yang mengatakan “Umno kafir” kononnya ketika berceramah di Sungai Terah, Gua Musang.

“Ini adalah tuduhan fitnah, saya tidak pernah mengatakan demikian dan bahkan saya tidak berada (di ceramah itu).

"Sangat jelas Ali Rustam tidak layak menjadi seorang Ketua Menteri kerana rela membuat fitnah songsang ini dan saya menyeru Perdana Menteri mengambil tindakan melucutkan jawatan Ali Rustam untuk menunjukkan dia serius dengan 1Malaysia, serius dengan pucuk pimpinan yang bersih supaya menjadi iktibar semua pemimpin-pemimpin politik di negara kita," kata beliau pada sidang media di Markas Pusat DAP pagi semalam.

Beliau juga turut menggesa tindakan segera diambil terhadap akhbar Berita Harian berhubung laporan palsu yang disiarkan beberapa hari lalu.

Beliau berkata ancaman yang datang dari kepimpinan Umno-Barisan Nasional akibat fitnah tersebut tidak memikirkan aspek keselamatan negara.

"Sangat jelas ancaman kepada keharmonian dan perpaduan negara datang dari pemimpin-pemimpin Umno yang rela tidak kira bahaya negara untuk mempertahankan kedudukan mereka. Tanpa prinsip membuat tuduhan liar merbahayakan hubungan kaum dan agama," tambah Kit Siang lagi.

Menurutnya, Pakatan Rakyat akan terus berjuang menyelamatkan rakyat daripada menjadi mangsa ideologi kolot Umno-BN.

0 Komen pengunjong :