Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Umno-BN Guna Rela Untuk Tawan Selangor Pada PRU-13??

MO11KUALA LUMPUR 10 Nov - Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berkata tindakan Umno-Barisan Nasional menggunakan anggota Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) menawan negeri Selangor melalui undi pos pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 akan datang merupakan sesuatu perkara yang tidak wajar.

Beliau yang ditemui di lobi Parlimen berkata anggota Rela tidak boleh didaftarkan sebagai pengundi pos kerana mereka bukannya institusi tetap dan bergaji sebagaimana pasukan polis dan tentera.

"Pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) harus memberikan penjelasan apakah betul atau pun tidak anggota Rela akan didaftarkan sebagai pengundi pos.

"SPR harus membuat pengumuman sejauh mana kebenaran isu tersebut," jelas Mahfuz yang juga Naib Presiden PAS di lobi Parlimen semalam.

Sebelum itu, Ketua Penerangan PAS, Idris Ahmad mendakwa penambahan mendadak anggota Rela kepada 300,000 di Selangor menjelang 2011 mempunyai kaitan dengan agenda Umno-BN yang didakwa cuba menawan Selangor melalui undi pos.

Beliau berkata angota pasukan itu tidak harus menjadi "tiket untuk mereka didaftar sebagai pengundi pos" dalam pilihan raya umum ke-13 yang akan datang.

Kelmarin, Rela Selangor dilaporkan mensasarkan peningkatan sekali ganda keahliannya untuk mencapai 300,000 orang menjelang akhir tahun ini berbanding 153,000 orang pada masa ini.

Pengarah Rela negeri Khairi Mohd Alwee dilaporkan berkata, pelbagai usaha telah dilakukan termasuk menggerakkan Briged Muda Rela di kesemua sembilan daerah di negeri itu.


*print this page Print halaman ini

0 Komen pengunjong :