Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Perjuangan Saya Ditentukan Ahli Parti, Azmin





SHAH ALAM 10 NOV: Naib Presiden PKR, Azmin Ali menegaskan beliau akan terus mendokong perjuangan parti itu selagi diberi mandat dan kepercayaan oleh akar umbi parti.
Justeru tidak timbul soal beliau melayan gesaan bekas Menteri Kabinet, Datuk Zaid Ibrahim yang menyuruhnya untuk meninggalkan parti.
"Samada saya kekal dalam parti atau sebaliknya ditentukan oleh anggota-anggota parti, kalau kita yakin dengan sistem demokrasi dalam kerajaan mahupun dalam parti kita kena menghormati keputusan yang dibuat oleh anggota-anggota parti. Saya bersedia untuk mengambil backseat atau pun peranan yang lebih kecil sekiranya diputuskan anggota parti," kata Azmin. Azmin berkata walau apa pun beliau bersedia untuk memberikan yang terbaik ke arah memperkasakan parti.
"Saya akan memberi khidmat terbaik dalam membawa parti Keadilan ke tahap yang lebih besar dan memainkan peranan dalam gelanggang politik di peringkat nasional," kata ADUN Bukit Antarabangsa itu.
Zaid berundur dari pemilihan PKR setelah ketinggalan di belakang Azmin dalam saingan untuk jawatan timbalan presiden.
Zaid semalam mahukan Azmin dan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk keluar daripada parti itu dan menawarkan dirinya pula untuk memimpin parti, setelah kurang dua tahun menganggotainya .
Kenyataan itu mengejutkan kerana Zaid selalu mencanang dirinya sebagai seorang pendokong demokrasi dan menghormati kehendak akar umbi.

*print this page Print halaman ini

1 comment :

  1. Salam, baru first round ada yang dah KO, camner nak berjuang?

    ReplyDelete