Pengerusinya, Mazlan Aliman berkata, laporan itu adalah antara
sebahagian daripada 22 penyelewengan Felcra Berhad yang pernah didedahkannya pada April lalu.

Laporan itu membabitkan dakwaan penyelewengan dan penipuan didalam perancangan dan pelaksanaan projek pembangunan Pulau Banggi di Sabah yang menelan belanja jutaan ringgit sedangkan lokasinya didakwa tidak sesuai dengan jenis tanaman. Projek pertanian tersebut dirasmikan oleh mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 11 Ogos 2007 dengan kelulusan peruntukan RM167 juta.
Mazlan dalam laporannya berkata pengurusan perbelanjaan projek tersebut menimbulkan pelbagai persoalan dan menggesa SPRM menyiasat beberapa pemimpin yang bertanggungjawab. Antaranya Bekas Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri
Aziz Shamsuddin dan Tan Sri Mohamad Muhammad Taib, Pengerusi Felcra Datuk Tajudin Rahman, serta Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Laporan itu juga menyebut tentang penyelewengan sumbangan Geran Subsidi Pendidikan bernilai RM1 juta oleh Ketua Pegawai Eksekutif Felcra Berhad Juziman Basir kepada Ketua Pegawai Eksekutif Kolej Antrabangsa TAJ yang juga anak Pengerusi Felcra Berhad Tina Tajuddin pada 5 Oktober lalu.
Selain itu, laporan itu turut mendedahkan perbelanjaan Majlis Hari Terbuka Jamuan Hari Raya Felcra Berhad yang dipercayai mencecah jutaan ringgit.
Perbelanjaan Pertandingan Tilawah Al-Quran warga Felcra peringkat Kebangsaan pada 30 Julai lalu dan Jamuan Rakyat Warga Felcra pada 9 Ogos lalu yang juga dipercayai mencecah jutaan ringgit. Begitu juga dengan sumbangan sebanyak 45 ekor lembu sempena Qurban Aidil Adha pada tahun lalu yang berjumlah RM135,000. Dalam laporan itu, Mazlan mendakwa Ahli Parlimen Pasir Salak itu menggunakan kuasa sebagai Pengerusi Felcra menandatangani kelulusan sumbangan lembu kepada Ahli Parlimen Batang Sadong Nancy Shukri, Datuk Shamsul Anuar Nasarah (Lenggong), Ketua Wanita Umno Bahagian Padang Serai Marlia Abdul Latiff, masing-masing 5 ekor serta untuk masyarakat dikawasan parlimennya sendiri sebanyak 30 ekor. "Laporan ini dibuat supaya pihak SPRM menjalankan siasatan untuk memastikan tiada penyelewengan dan penyalahgunaan wang Felcra Berhad di semua peringkat," katanya.

Buat laporan, jangan biarkan penyelewengan berterusan dalam felda
ReplyDelete