Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Nurul Izzah Tetap Tanding Jawatan Naib Presiden

Nurul_Izzah_Anwar_4.1Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar berkata beliau akan tetap bertanding jawatan Naib Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) meskipun terdapat pihak  melemparkan pelbagai dakwaan terhadap Pemilihan Majlis Pimpinan Pusat 2010 yang sedang berlangsung sekarang ini.
Dalam kenyataan medianya hari ini, beliau menegaskan mengambil keputusan untuk terus bertanding jawatan tersebut walaupun terdapat dakwaan penipuan yang telah menyebabkan calon Timbalan Presiden Datuk Zaid Ibrahim menarik diri daripada pertandingan tersebut.

"Saya menaruh kepercayaan penuh pada kebijaksanaan kesemua anggota parti, yang diberi kuasa mengundi secara demokratik, untuk menetapkan arah tuju parti tersebut.

"Oleh itu, adalah menjadi tugas dan tanggungjawab saya kepada anggota-anggota parti yang telah mencalonkan saya, dan juga kepada mereka di luar parti yang turut menaruh harapan dan kepercayaan pada parti, untuk saya meneruskan pertandingan ini," kata Nurul Izzah dalam satu kenyataan.

Menurutnya, Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) telah memberi jaminan yang ia akan mengkaji semula proses dan keputusan-keputusan dalam Pemilihan 2010 dan pihak JPP pasti akan mengambil langkah-langkah yang betul untuk menangani dan menjawab dakwaan yang ditimbulkan.

"Seandainya saya memenangi kepercayaan dan mandat anggota parti untuk menjadi salah seorang dari empat Naib Presiden, saya akan mengambil langkah-langkah yang lebih tegas dan berani untuk memartabatkan Politik Harapan dan Pembebasan, langsung lebih mengukuhkan parti ini dengan asas-asas demokrasi dan keadilan yang menjadi impian semua rakyat Malaysia." ujar Izzah.

Tegas beliau, masanya telah tiba untuk semua menuntut suatu budaya politik berasaskan nilai yang bersih lagi tinggi darjatnya. Hanya melalui tuntutan inilah maka akan berjaya membina sebuah negara Malaysia yang lebih baik.

1 comment :