Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Mungkin Ahmad kali pertama ke Galas

Parti Islam Se-Malaysia PAS ingin menjawab cabaran Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahamad Maslan yang mencabar apa yang kerajaan Kelantan buat sepanjang 20 tahun memerintah. PAS ingin memaklumkan kepada Datuk Ahmad Maslan, Kelantan masih lagi di dalam negara Malaysia, bukan berada di bawah negara Mozambique.
Walaupun Kelantan dinafikan dalam konteks federalisme, namun atas kebijaksanaan pemimpin yang bertaqwa dan bertanggungjawab kepada rakyatnya namun Kelantan boleh mentadbir dengan baik walaupun mengalami kekangan kewangan akibat dasar pilih kasih dan pencabulan amalan demokrasi. Buktinya kadar kemiskinan di Kelantan menurun pada 4.1%  tahun 2008 berbanding 7.2%  pada tahun  2007 dan 10.4% pada 2004. Sedangkan kadar kemiskinan di peringkat negara 3.8% sahaja. Maknanya Kelantan lebih tinggi 0.3% sahaja. Kira ok lah ini.
Kadar kemiskinan tegar di Kelantan hanya 0.6%  di mana lebih rendah kadar jumlah kemiskinan tegar peringkat kebangsaan 0.8%. Perkara didedahkan oleh Menteri Di Jabatan Perdana  Menteri, Senator Tan Sri Nor Mohamed Yakcop ketika rombongan Kelantan berunding mengenai teras asas dan pemulihan projek bagi pelaksanaan RMK10 pada 25 Jan 2010.
Dakwaan Ketua Penerangan Umno  tidak ada pembangunan yang PAS laksanakan di Galas, mungkin inilah pertama kali beliau datang ke Galas. Nasib baik ada pilihanraya kecil, kalau tidak Ahmad Maslan tidak tahu di manakah Galas dan Gua Musang. Setakat hari ini tidak ada berita Ahmad Maslan turun menoreh getah seperti di Manek Urai, mungkin selepas ini dia tidur dalam ladang kelapa sawit pula.
Untuk pengetahuan Datuk Ahmad Maslan Gua Musang berubah wajah sejak PAS mentadbir Kelantan 1990. Saya harapkan beliau sedar, ketika beliau jadi Ketua Penerangan Umno, rakyat bukan hidup dalam Gua Tempurung tapi dalam dunia maklumat di hujung jari.
Sepatutnya beliau tidak perlu persoalkan kewibawaan PAS mentadbir Kelantan. Memang sudah terbukti dan teruji serta berjaya melunaskan hutang lapuk zaman Umno sebanyak RM760 juta dan meningkat taraf hidup rakyat menjadi negeri ke 6 miskin, sedangkan Sabah dan Terengganu mengekalkan pingat emas dan perak dari segi kemiskinan walaupun negeri itu ada hasil minyak. Cuba bayangkan kalau Kelantan dapat rayalti minyak, sudah tentu Kelantan akan meninggal jauh negeri di bawah kekuasaan Umno.
Sebelum beliau hendak menuding jari kepada Kelantan, lebih baik beliau menyelesaikan masalah Felda yang memerah keringat  orang miskin, majoritnyai Melayu. Cabaran Penegrusi Anak, Saudara Mazlan Aliman untuk berdebat masih tidak tersahut.
Sebelum beliau cabar apa PAS buat 20 tahun di Kelantan, maka pengundi Galas juga hendak tahu ke mana wang Felda telah menguncup daripada RM4.08 bilion (2004)  kepada RM1.35 bilion (2009). Wang orang miskin dibelanja untuk mendirikan bangunan RM662 juta, tanam semula RM2 bilion dan yang pelik sekali sebanyak RM253 juta untuk basmi kemiskinan di Sabah. Ke mana pergi wang minyak Sabah, sehingga mengemis dengan Felda. Sedangkan negeri yang banyak rancangan Felda ialah Pahang, Johor,Terengganu, Perak dan Kelantan. Kenapa pula wang itu ditabur ke Sabah?

0 Komen pengunjong :