Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

MB Selangor Ajak Umat Islam Eratkan Silaturrahim Sempena Eidul Adha

KI14

SHAH ALAM 17 Nov - Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengajak umat Islam menggunakan kesempatan menyambut Hari Raya Aidil Adha dengan memperbaiki diri dan hubungan dengan keluarga, jiran dan masyarakat.

Beliau juga menyeru uamt Islam melibatkanlah diri dalam kegiatan gotong royong ibadah korban, menyediakan juadah daripada daging korban, bertukar khabar dan saling kunjung mengunjung.

"Aidiladha adalah satu lagi perayaan yang disambut umat Islam dan disebut oleh Rasulullah sallahu ‘alaihi wasallam sebagai ganti kepada perayaan yang pernah disambut sebelumnya. Ia juga disambut bersama musim Haji dengan amalan ibadah korban bersamanya.

"Justeru, marilah kita merayakan Aidiladha ini dengan penuh keinsafan, kegembiraan dan ketakwaan. Seperti kebiasaan, kita akan bersama di masjid membesarkan Allah subhanahu wata’ala, menunaikan solat sunat ‘Aidiladha dan mendengar khutbah sebelum meneruskan dengan gotong-royong melaksanakan ibadah korban. Ambillah peluang ini untuk terus mengeratkan tali silaturrahim.

"Dalam bergembira, jangan pula kita lupa mengenangkan mereka yang tidak bernasib baik. Banyakkan membantu mereka yang memerlukan kerana sesungguhnya golongan yang memberi itu adalah lebih baik daripada golongan yang menerima," kata Abdul Khalid dalam perutusan
Eidul Adha hari ini.

Menteri Besar berkata untuk membolehkan seseorang itu memberi, sudah tentulah seseorang itu mesti menjadi lebih baik daripada yang menerima dari segi kemampuan.

Kata beliau untuk lebih berkemampuan pula, umat Islam dituntut berusaha dengan gigih dan beramanah.
"Kesempurnaan amal ini amat ditekankan oleh ajaran Islam hatta dalam hal penyembelihan haiwan korban. Sudah tentu, kita wajib menyambut perayaan ‘Aidiladha ini dengan penuh ingatan terhadap hubungan kita dengan Maha Pencipta terutama berkaitan rezeki yang halal dan berkat, juga pengorbanan kita dalam menjalankan perintah-Nya serta mengawal diri daripada melakukan hal yang dilarang-Nya.

"Untuk tahun ini Kerajaan Negeri Selangor telah membuat keputusan untuk menyumbang lembu korban sebanyak 500 ekor kepada masjid-masjid di seluruh Selangor melalui sumbangan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Perbadanan Negeri Selangor Berhad (PNSB), Kumpulan Semesta Sdn. Bhd (KSSB) dan Worldwide Holdings. Semoga dengan sumbangan ini dapat menambah kemeriahan sambutan Aidiladha.

"Saya mewakili semua Exco dan wakil rakyat mengambil kesempatan ini mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh penganut agama Islam khususnya rakyat di negeri Selangor Darul Ehsan," kata beliau lagi.

0 Komen pengunjong :