Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

MB : Khir Tidak Pernah Belajar Perakaunan





SHAH ALAM 10 NOV : Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata Mantan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Khir Toyo tidak memahami prinsip ilmu perakaunan apabila memberikan pandangan yang tidak tepat mengenai bajet kerajaan negeri Selangor.

Khalid dalam satu kenyataan media menjelaskan dakwaan Khir kononnya kerajaan negeri Selangor akan mengalami defisit minimum sebanyak RM114 juta berbanding anggaran pendapatan asal sebanyak RM1.35 bilion adalah tidak benar. 

“Boleh jadi dia (Dr Khir) tidak pernah belajar perakaunan atau belanjawan, belanjawan adalah satu proses, bukan satu kesimpulan.

“Jadi, belanjawan itu akan ditinjau atau dinilai semula.

“Ada belanjawan berimbang dan ada belanjawan tidak berimbang, oleh itu perkara yang mengatakan (anggaran) belanjawan mesti tidak berubah tak ada,” kata Khalid dalam kenyataan media itu.

Khir yang juga ADUN Pasir Panjang dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) semalam berkata, pentadbiran Khalid terus mengamalkan belanjawan defisit.

Namun ujar Khalid, kerajaan negeri Selangor tidak berminat untuk mengamalkan hal sama yang dilakukan oleh kerajaan pusat yang dipimpin Perdana Menteri, Datuk seri Najib Razak.

“Walaupun defisit pada bulan Disember (2009), tetapi pada bulan Jun tahun ini kita telah meningkatkan simpanan rizab negeri (sebanyak) RM285 juta... merupakan peningkatan tertinggi sejak lima tahun lalu,” kata Khalid lagi.

Justeru Khalid mengingatkan Khir agar tidak meramalkan bahawa kerajaan negeri Selangor bakal bankrap di tangan Pakatan Rakyat sebaliknya sama-sama membantu membangunkan negeri yang pernah ditadbirnya itu.

“Perdana Menteri Malaysia yang mengamalkan perbelanjaan defisit yang jumlahnya bukan RM200 juta, jumlahnya ialah RM20 bilion hingga RM40 bilion.

“Kalau kerajaan negeri itu berbelanja (defisit) tak sampai RM200 juta, bayangkan kalau kekurangannya (kelemahan kerajaan pusat) sehingga RM20 (defisit)... perbincangan ‘loyar buruk’ (Dr Khir) ini tidak boleh digunakan.

“Kalau dia (Khir) takut Selangor bankrap, dia kena memberitahu Perdana Menteri kerana Perdana Menteri menjalankan belanjawan defisit,” tambah Khalid lagi.


*print this page Print halaman ini

0 Komen pengunjong :