Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Majlis Peguam pertikai anggota Suhakam dilarang masuk negeri itu

KUALA LUMPUR, 4 Nov — Majlis Peguam mempersoalkan sambil menganggap tindakan kerajaan Sarawak menghalang Jannie Lasimbang, Pesuruhjaya Hak Asasi Malaysia, daripada membuat tinjauan profesional berhubung isu hak asasi komuniti Penan bakal memburukkan lagi persepsi dunia terhadap iklim hak asasi manusia negara ini.
Naib Presiden Majlis Peguam Lim Che Wee berkata, kerajaan Sarawak sepatutnya tidak menghalang Lasimbang daripada melakukan kerja-kerja profesionalnya berhubung isu pencerobohan tanah adat masyarakat Penan di negeri itu.
Ini kerana kata beliau, Suhakam ditubuhkan oleh kerajaan persekutuan dengan bidang kuasa dan syarat-syarat seperti yang termaktub dalam perlembagaan.
“Majlis Peguam mahu kerajaan negeri Sarawak dengan segera menarik balik larangan kemasukan yang dikenakan ke atas Jannie Lasimbang, salah seorang pesuruhjaya Suhakam,” kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.
Kata beliau, isu itu sedang diberi perhatian oleh dunia, termasuk Subjawatankuasa Akreditasi Jawatankuasa Penyelarasan Antarabangsa Institusi Hak Asasi Manusia.
Ditambah dengan status Lasimbang yang juga merupakan salah satu daripada empat orang tenaga pakar dalam bidang berkaitan hak-hak masyarakat adat yang disahkan oleh Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), kata beliau, keadaan itu tentunya akan meletakkan imej Malaysia dalam keadaan bahaya.
“Memandangkan status ‘A’ Suhakam berada dalam tahap bahaya (sekarang), dan halangan dihadapi Jannie Lasimbang kemungkinan akan mengeluarkan Suhakam dari liga status ‘A’,” kata beliau mengulas laporan media minggu lalu.
Lasimbang yang dikenakan larangan itu pada 1994 belum ditarik balik sehingga sekarang.
Oleh itu beliau tidak boleh memasuki Sarawak untuk mengumpulkan maklumat untuk inkuiri kebangsaan mengenai isu hak asasi Orang Asli di negeri itu.
Larangan itu dikenakan oleh Pejabat Ketua Menteri dan dikuatkuasakan oleh Jabatan Imigresen Sarawak ke atas aktivis berkenaan sejak 16 tahun lalu.
Difahamkan Suhakam ada menulis kepada Jabatan Imigresen Sarawak pada 25 Ogos lalu mengenai status Lasimbang dan ia membalas surat itu dengan mengatakan bahawa isu itu telah dirujuk kepada Pejabat Ketua Menteri untuk keputusan.
Sambil menyifatkan tindakan kerajaan Sarawak sebagai salah satu ‘penyakit’ di Malaysia, halangan yang dihadapi Lasimbang itu, tegas beliau, salah di sisi Perlembagaan dan bertentangan dengan prinsip hak asasi manusia.
“Larangan masuk tersebut adalah sesuatu perkembangan yang negatif dan salah satu penyakit tegar di Malaysia,” tambah beliau.
Sepatutnya kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri tidak menghalang anggota Suhakam daripada menjalankan tugas mereka sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan.
“Alasan menolak Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia dari masuk ke Sarawak pada prinsipnya adalah salah... tidak boleh daerah yang Suhakam tidak boleh pergi,” katanya

0 Komen pengunjong :