Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Kit Siang nafi buat ceramah hasutan, dakwa Umno kafir

KUALA LUMPUR, 3 Nov — Penasihat DAP Lim Kit Siang menafikan dakwaan pemimpin-pemimpin Umno bahawa beliau ada mengeluarkan kenyataan berunsur hasutan iaitu “Umno kafir”, yang kononnya didakwa dibuat ketika berceramah di Sungai Terah, Gua Musang. Malah Ahli Parlimen Ipoh Timur itu juga menegaskan, beliau tidak menghadiri ceramah di lokasi yang dimaksudkan itu.
“Ini adalah tuduhan fitnah... saya tidak pernah mengatakan demikian dan bahkan saya tidak berada (di ceramah itu).
“Ini adalah putar belit yang tidak bertanggungjawab untuk menyebarkan kebencian perkauman dan agama,” kata Lim pada sidang media di lobi bangunan Parlimen hari ini.
Semalam, Berita Harian yang dimiliki Umno, menuduh Lim antara lain menyifatkan “orang kafir Umno” dalam ceramah PAS di Sungai Terah dalam usaha mempengaruhi orang Melayu untuk mengundi PAS pada pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri Galas.
Berita itu memetik Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam sebagai berkata, Lim membuat kenyataan demikian di Sungai Terah di depan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat dan Ketua Umum Pakatan Rakyat (PR) Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Dalam berita di bawah tajuk “Tindakan Kit Siang tuduh Umno kafir melampau”, Ali berkata DAP semakin berani mencampuri urusan agama Islam dengan menuduh orang Umno kafir dalam siri ceramah untuk menarik sokongan pengundi Melayu menyokong PAS pada pilihan raya kecil DUN Galas.
Ali berkata, tindakan itu adalah hasil ajaran pemimpin PAS yang menjual agama dan tidak menghalang apabila bukan Islam menuduh orang Melayu tidak menyokong PAS sebagai kafir.
“Yang kita sedihnya apabila Lim menuduh orang Melayu parti Umno kafir disambut dengan laungan takbir ‘Allahuakhbar’ oleh pemimpin PAS bersama penyokongnya yang dianggap menjual agama Islam kepada kaum lain.”
“Inikah parti yang melaungkan perjuangan Islam yang patut kita sokong dan sudah jauh terpesong akidah sebenarnya,” kata Ali ketika berceramah kepada pengundi di peti undi Kampung Baru Hulu, Gua Musang.
Ali yang juga Ketua Menteri Melaka, berkata mungkin pengundi di DUN Galas baru sedar tindakan Kit Siang yang mengutuk orang beragama Islam tetapi pada masa sama ia halal di sisi perjuangan PAS demi kepentingan politik pembangkang.
Lim hari ini berkata, sejak laporan “palsu” disiarkan, Pemuda Umno Putrajaya telah mengemukakan laporan polis terhadap dirinya.
“Saya sendiri akan mengajukan laporan polis di Gua Musang dan akan mengarahkan peguam saya untuk mengambil tindakan terhadap Ali Rustam kerana mereka telah mencemar nama baik (saya),” kata Lim.

0 Komen pengunjong :