Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Hadi: Kekuatan politik terletak di tangan Melayu


Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini berkata PAS perlu berusaha meningkatkan sokongan orang Melayu jika ingin menguasai pemerintahan negara.

Beliau berkata kekuatan politik di negara ini terletak di tangan orang Melayu termasuk anggota Umno.

"Kita tidak boleh menang dengan undi kita sahaja. Kita perlu undi-undi yang bukan ahli juga, yang bukan penyokong kita pun termasuk orang Umno," katanya semasa berucap di majlis perasmian Seminar PAS Ganti Umno di Shah Alam hari ini.

Oleh itu, beliau berkata anggota PAS perlu bersikap terbuka dengan berdakwah dan memujuk mereka yang bukan anggota untuk mereka menerima PAS mengambil alih pemerintahan negara.

Pada masa yang sama, beliau berkata pada pilihan raya akan datang, jumlah calon muda yang diketengahkan juga dijangka meningkat.

"Calon-calon muda diperlukan daripada segi kecergasan mereka manakala yang tua pula diperlukan daripada segi pengalaman," katanya.

Abdul Hadi berkata PAS akan meletakkan calon daripada anggota-anggotanya untuk bertanding di kawasan bukan Melayu pada pilihan raya akan datang.

Beliau berkata PAS yakin mendapat sokongan daripada para pengundi bukan Melayu kerana pada pilihan raya umum lepas, ada peti undi daripada kawasan bukan Melayu dimenangi PAS, seperti di Broga yang terletak di sempadan Selangor dan Negeri Sembilan.

--Bernama

0 Komen pengunjong :