Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Anwar gesa Zaid buktikan dakwaan manipulasi dalam pemilihan PKR

KUALA LUMPUR, 8 Nov — Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa Datuk Zaid Ibrahim yang mendakwa proses pemilihan parti - yang menggunakan kaedah langsung  buat julung kali — diselubungi kecacatan dan manipulasi agar menyediakan bukti untuk mempertahankan dakwaan beliau.
Ketua Umum Pakatan Rakyat ini berkata, partinya sudah pun menjawab dakwaan aktivis sosial Haris Ibrahim semalam berhubung penjualan kertas undi pemilihan pusat yang berlangsung sekarang.
“Saya percaya kepimpinan parti boleh membincangkan perkara ini lebih lanjut (dengan Zaid). Kami sudah pun membincangkan  perkara ini dengan setiausaha agung dan isu yang dibawa dan yang berkaitan dengan blogger Haris Ibrahim telah dijawab dan dia tidak respons kepada jawapan kami.
“Dakwaan dia adalah dakwaan liar,” kata Anwar (gambar) di lobi bangunan Parlimen hari ini.
Anwar juga mengingatkan Zaid bahawa apa jua keputusan pemilihan yang kemungkinan tidak memihak, tidak harus menjejaskan komitmen seseorang pemimpin ke atas perjuangan parti.
Penasihat PKR ini juga berkata, beliau belum menerima sebarang makluman rasmi daripada  Zaid berhubung keputusannya menarik diri daripada bertanding jawatan timbalan presiden dan melepaskan kesemua jawatan dalam parti.
“Kami tidak terima apa-apa, tidak... tidak. Jika saya mungkin menawarkan nasihat saya, dari sudut pandangan saya, ini (pemilihan parti) hanya persaingan normal.
“Ia tidak harus memberi kesan ke atas komitmen terhadap perjuangan parti,” katanya lagi.
Anwar juga berkata, tidak perlu diadakan sebarang mesyuarat untuk membincangkan keputusan Zaid.
Awal pagi tadi, Zaid berkata, beliau meletakkan semua jawatan dalam PKR dan menarik diri daripada bertanding jawatan timbalan presiden di sebalik siri dakwaan pemilihan parti dicemari kecacatan dan tidak telus.
Zaid berkata, beliau mengambil keputusan itu kerana tiada usaha di kalangan pucuk kepimpinan parti untuk menangani pelbagai isu manipulasi dan amalan-amalan pemilihan tidak adil meskipun isu terbabit telah dibangkitkan berulang kali.
“Saya ingin mengumumkan keputusan saya menarik diri daripada sebagai salah seorang calon yang bertanding jawatan timbalan presiden PKR dan kesemua jawatan yang dipegang dalam parti,” katanya.
Zaid juga menekankan bahawa mereka dalam saingan jawatan itu akan mendakwa beliau sudah “merajuk” kerana bukan lagi mendahului saingan.
Beliau berada di depan selama dua hari pertama pemilihan pusat, tetapi dipotong Azmin Ali pada hari ketiga dan seterusnya sehingga sekarang.
Zaid juga berkata, beliau tidak mahu mengatakan apa-apa mengenai isu ini sambil berharap keputusannya akan diterima dan membiarkan beliau.
“Saya merasakan sudah cukup banyak diperkatakan, tiada apa-apa yang hendak dikatakan lagi,” kata beliau dalam nada ‘suram’.
“Saya tidak fikir sesiapa mahukan saya sekarang,” kata Zaid sambil menegaskan, beliau akan kekal sebagai ahli biasa PKR - komponen Pakatan Rakyat.
“Saya akan kekal (dalam parti). Itu yang boleh saya lakukan buat masa sekarang,” katanya yang mewakili PKR dalam pilihan raya kecil Hulu Selangor April lalu.
Anwar mendakwa tindakan Zaid, yang juga penyelaras Pakatan Rakyat, menarik diri daripada bertanding kemungkinan disebabkan “reaksi awal” ekoran keputusan melibatkan cabang-cabang di Sabah kelmarin dan semalam.
Pemilihan peringkat Sabah itu meletakkan Azmin berada jauh di depan.
“Sudah tentu perasaan (kami) ialah kami memerlukan sumbangan dan penyertaan kesemua pemimpin termasuk Zaid.
“Tetapi pada masa yang sama, saya ingin mengingatkan bahawa anda datang untuk menyokong prinsip-prinsip perjuangan (PKR).
“(Apabila) anda membawa beberapa dakwaan, saya bertanya setiausaha agung sama ada terdapat (sebarang) bukti bagi dakwaan-dakwaan ini,” kata beliau sambil menambah, jika ada dakwaan sudah tentu akan meminta jawatankuasa pemilihan dan jawatankuasa disiplin mengambil tindakan.
Ditanya sama ada tindakan Zaid merupakan kehilangan besar kepada parti, Anwar berkata, PKR telah melalaui situasi yang lebih sukar sebelum ini.
“Kami telah melalui keadaan lebih sukar pada masa lalu, timbalan-timbalan presiden meninggalkan parti, beberapa pemimpin utama meninggalkan Majlis Pimpinan Pusat.
“Jadi, kami juga sedar bahawa kami adalah parti pembangkang, diserbu, menghadapi serangan teruk,” kata beliau.
Ketua Pembangkang ini juga menambah, PKR sudah cukup realistik untuk menerima dan menghadapi cabaran-cabaran mendatang.
“Pun begitu, rayuan kami kepada semua agar kekal bersatu dan kekal komited kepada prinsip-prinsip parti. (Jika) anda bertanding dalam mana-mana pemilihan demokratik, anda terbuka kepada (kemungkinan) menang dan juga kekalahan,” kata Anwar lagi.

0 Komen pengunjong :