Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Agenda Cuba Jejas Kredibiliti Parti Dibidas : Syed Husin






Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat Syed Hussin Ali mendedahkan amalan pemimpin tertentu dalam parti yang sanggup menabur fitnah semata-mata untuk menjejaskan kredibiliti pemilihan parti.
Tanpa menyebut nama, Syed Husin berkata pemimpin berkenaan mempunyai agendanya tersendiri dan tidak berminat untuk menghadiri mesyuarat-mesyuarat parti yang menetapkan peraturan dan ketelusan proses pemilihan.
"Ada agenda golongan tertentu yang cuba merosakkan parti dengan menunjukkan seolah-olah ada penipuan dalam pemilihan ini. Dan ini dapat mereka lakukan kerana ada pimpinan misalannya yang mengeluarkan kenyataan-kenyataan bukan dalam mesyuarat parti, mereka tidak datang mesyuarat parti tapi dalam surat khabar dan media. Kalau dia datang mesyuarat dia tahu ciri-ciri seperti ini," katanya.
Apa yang nyata ialah pemimpin berkenaan tidak menghadiri mesyuarat biro politik parti tetapi sebaliknya membidas pucuk pimpinan parti menerusi blogger tertentu dan portal berita Free Malaysia Today.
Syed Husin berkata dakwaan blogger Haris Ibrahim kononnya kertas undi PKR boleh dibeli dan disalah guna di sebarkan oleh pihak yang tidak tahu menahu mengenai ciri-ciri keselamatan yang telah ditetapkan.
"Perkara inilah yang dilakukan orang seperti Haris dan juga dilakukan oleh website-website seperti Free Malaysia Today yang sengaja hendak membuat fitnah," kata beliau.

0 Komen pengunjong :