Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Walaupun diberi jaminan, Melayu tetap gusar

za.najib-tun-razak KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak adalah pemenang dalam perhimpunan agung Umno 2010 selama  empat hari di PWTC yang berakhir semalam. Presiden Umno dan Perdana Menteri itu berjaya menguburkan sama sekali keresahan mahupun kebimbangan orang Melayu khususnya ahli parti terhadap masa depan mereka.
Baik dalam ucapan perasmian pada pagi Khamis mahupun penggulungan, Najib memberikan ucapan yang sangat bertenaga, mapan, padu, bernas dan sangat menyakinkan. Sekurang-kurangnya presiden Umno telah memberi jaminan bahawa parti itu pelindung bangsa, agama dan negara.

Barangkali yang paling dinantikan oleh orang Melayu ialah kenyataan bahawa perlembagaan melindungi sepenuh hak mereka sekalipun ada parti lain berkuasa. Ini kerana sebarang pindaan memerlukan perkenan majlis Raja-raja Melayu.
Ucapan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin juga menepati perjuangan pergerakan itu, manakala Ketua Wanita Datuk Seri Shahrizat Jalil dan Ketua Puteri, Datuk Rosnah Rashid Shirlin hambar dan membosankan.
Bagaimanapun, secara keseluruhannya isu-isu yang diketengahkan perwakilan dalam sesi perbahasan adalah sama seperti tahun-tahun terdahulu. Mereka membangkitkan mengenai syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang tidak emnolong orang Melayu khususnya Umno.
Isu ini  dianggap retorik dan merupakan ulangan semata-mata. Seolah-olah jika GLC tidak membantu orang Melayu, bangsa itu akan merempat.
Usul tetap yang menjadi fokus perbahasan ialah mengenai agama, pendidikan, politik, ekonomi dan sosial serta wanita. Apan yang menarik pembahas sebahagian adalah perwakilan sama seperti tahun lalu.
Namun satu perkara baru yang diketengahkan oleh perwakilan ialah pembinaan menara warisan RM5 bilion milik PNB di kawasan strategik Stadium Merdeka. Wakil Kuala Lumpur, Datuk Johari Ghani mahu menara warisan dibina di Kampung Baru supaya menjadi simbol kebanggaan bangsa itu.
Persoalan yang boleh ditimbulkan adakah menara warisan itu menjadi kebanggaan orang Melayu sahaja atau rakyat Malaysia semuanya?
Wakil Melaka  Datuk Mohd Said Yusof dan  Raja Arif Raja Ali dari Terengganu menyebabkan perwakilan dan pemerhati tidak kering gusi dengan gaya dan penggunaan bahasa.
Sebahagian perwakilan pula menggunakan sajak dan pantun dalam menyampaikan mesej. Tidak ketinggalan dengan lagu nanyian tradisonal semata-mata untuk membangkitkan semangat anak bangsa.
Paling mengejutkan ialah ucapan-ucapan perwakilan yang penuh dengan bodek (gain power) terhadap pucuk pimpinan parti terutama Najib. Seorang wakil Pahang mengatakan konsep 1Malaysia sudah berjaya walaupun ia dinafikan oleh Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Buat pertama kali dalam tempoh beberapa tahun dua mantan PM yang berseteru – Dr Mahathir dan Tun Abdullah Ahmad Badawi bertemu dalam satu dewan.
Ringkasnya perhimpunan agung Umno kali ini mengandungi dua elemen – satu pihak yang serius mahu memertabatkan bangsa dan satu pihak lagi memberikan perbahasan yang tidak berkualiti iaitu tidak sesuai dengan bangsa Melayu yang maju dan bermaruah.

0 Komen pengunjong :