Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Umno tak pernah pinggirkan Tengku Razaleigh: Ahmad Maslan

ALOR SETAR, 5 Okt – Pemilihan Tengku Razaleigh Hamzah sebagai pengarah pilihan raya Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan kawasan Galas membuktikan Umno tidak pernah meminggirkan Anggota Parlimen Gua Musang itu walaupun beliau seringkali mempunyai pendirian yang berbeza dengan parti.
Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan berkata Umno tetap menghormati Tengku Razaleigh sebagai seorang pejuang Umno yang amat berpengaruh dan telah menyumbang banyak jasa kepada rakyat khususnya di Kelantan.
“Walaupun ada kalanya mempunyai pandangan berbeza antara Umno dan Ku Li namun ia tidak menjadi punca kepada berlaku permusuhan sehingga boleh merosakkan hubungan antara Ku Li dengan Umno.
“Kadang-kandang percanggahan pendapat berlaku dalam satu-satu isu yang membabitkan rakyat, seperti isu royalti minyak dahulu adalah perkara biasa namun Umno tidak bertikam lidah dengan beliau malah mengambil pandangan Ku Li sebagai satu cadangan bagi menyelesaikan sesuatu masalah,” katanya kepada pemberita pada majlis jamuan Hari Raya Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM) Kedah di sini hari ini.
Mengenai calon BN bagi pilihan raya kecil itu, Ahmad berkata pemilihan akan dilakukan pada mesyuarat peringkat pucuk pimpinan Umno Sabtu ini. – Bernama

0 Komen pengunjong :