Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

UMNO Congak Gunakan Masjid Dan Surau Daftar Ahli Baru


Terdesak dengan sokongan yang semakin rapuh di kalangan orang Melayu, Naib Presiden Umno Datuk Seri Shafie Apdal sampai mencadangkan agar parti berkenaan menggiatkan usaha mendaftarkan anggota mereka sebagai pemilih dalam pilihan raya menggunakan masjid di seluruh negara.

Alasan yang diberikan neliau pula adalah kerana, masjid merupakan tempat di mana "padatnya umat Melayu".

"Kita gunakan landasan itu untuk mendaftar pengundi pengundi dalam pilihan raya umum,' katanya ketika menyampaikan ucapan penggulungan dalam perhimpunan agung Umno 2010 hari ini.

Shafie, yang juga  menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah seterusnya berkata beliau telah membincangkan cadangan itu dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) Datuk Jamil Khir Baharum yang bertanggungjawab dalam hal ehwal agama berhubung perkara itu.

Menurutnya, fenomena itu menyebabkan Umno gagal memenangi kerusi pilihan raya seperti yang berlaku di Ayer Hitam dan Pantai Merdeka di Kedah di mana Pakatan Rakyat menang kira-kira 500 undi sahaja.

"Saya dapati di DUN (Ayer Hitam) itu mempunyai 1,400 ahli Umno yang tidak mendaftar menjadi pengundi," katannya yang juga pengerusi Umno Kedah.

Beliau juga mendedahkan, di Johor - yang disifatkannya sebagai negeri 'jantung' Melayu - Umno dan BN ketinggalan kira-kira seribu berbanding pembangkang dalam pendaftaran anggota baru.

Di Pulau Pinang pula menurutnya, BN hanya berjaya menambahkan 6,266 pengundi Melayu sedangkan Pakatan Rakayt berjaya mendaftarkan sebanyak 22,195 pemilih baru. - Malaysiakini

2 comments :

  1. jangan menggunakan agama atau tempat untuk beribdah bagi kepentingan dunia...

    ReplyDelete
  2. Begitulah keadaannya kalau dah dalam keadaan tertekan. Dia akan buat aja apa yang terlintas dikepalanya.

    ReplyDelete