Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

"Saya calon bebas dari tajaan sesiapa" - CheguBard

cikgu bardPETALING JAYA: Majlis Pimpinan Pusat (MPP), Badrul Hisham Shaharin yang mengumumkan bertanding merebut Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) menerima baik tindakan penyandang Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mohd Akin yang memutuskan untuk mengekalkan jawatan beliau.
"Saya raikan penyertaan Shamsul," jelas ringkas beliau ketika dihubung FMT.

"Seperti yang pihak saya ucapkan ketika sidang media sebelum ini kami menerima dan menyokong semua calon Timbalan Presiden sama ada Zaid Ibrahim, Mustafa Kamil Ayub atau pun Azmin Ali.
"Saya tidak ditaja atau dibayangi oleh sesiapa kerana saya berpegang kepada kebebasan dan ketelusan yang dilakukan oleh parti.
Saya adalah calon yang bebas dari tajaan mana-mana pihak," ujar beliau lagi.
Menurut Badrul yang lebih dikenali dengan Chegu Bard berkata AMK perlukan haluan baru dalam usaha membantu parti memenangi lebih banyak kerusi dalam pilihan raya akan datang.

Hampir 70% pengundi muda
Katanya, walaupun sekarang sebanyak 204 cabang PKR di seluruh negara tetapi hanya 163 sahaja cabang berdaftar yang mempunyai AMK.
Manakala tidak sampai 50 cabang yang berjaya membuat pencalonan lengkap ketika pemilihan pencalonan yang berakhir 3 Oktober lalu.
"Kelemahan ini perlu di atasi segera kerana dalam pilihan raya umum akan datang hampir 70 peratus pengundi merupakan pengundi muda dibawah umur 40 tahun."
"Kita tak mahu pemimpin yang terlalu banyak berpolitik sedangkan hak-hak asas untuk memperkukuhkan AMK di semua peringkat kurang di beri tumpuan," kata beliau lagi.
Dalam pada itu, Shamsul yang menerima 65 pencalonan untuk jawatan Naib Presiden dan 38 pencalonan Ketua AMK memilih untuk mempertahankan jawatan beliau walaupun sasaran beliau sebelum ini untuk jawatan Naib Presiden.
Shamsul yang sebelumnya dijangka akan mengadakan sidang media hari ini berhubung keputusan mempertahankan jawatan beliau menangguhkannya pada hari esok.


Cetak Halaman Ini

0 Komen pengunjong :