Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Salahuddin Desak Perbicaraan Fitnah II Telus, Adil

SHAH ALAM 1 Okt - Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub mahu keadilan diberikan sepenuhnya di dalam kes perbicaraan Fitnah II terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dianggap beliau ada 'tangan ghaib' di sebalik konspirasi terancang ini.
Beliau berkata, setiap aspek perundangan yang dihadapi Anwar yang juga Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) itu hendaklah melalui perbicaraan yang adil dan telus kerana menurutnya sebelum ini terdapat bukti-bukti apabila berlaku kes seumpama ini di luar negara, maka ia telah lama digugurkan.
"Saya mahu supaya setiap aspek perundangan yang dihadapi Datuk Seri Anwar mesti melalui perbicaraan yang adil kerana sebelum ini telah dapat bukti-bukti yang kalau berlaku di negara lain, kes ini telah lama dibuang tetapi masih lagi kelihatan seperti ada pihak-pihak tertentu yang di belakang tabir kepada kes ini," katanya kepada Suara Keadilan.
Ahli Parlimen Kubang Kerian itu berkata berikutan terdapatnya campur tangan pihak tidak bertanggungjawab di dalam kes ini telah menyebabkan imej negara tercemar.
"Ini yang dilihat oleh masyarakat antarabangsa mungkin satu campur tangan iaitu campur 'tangan ghaib' di mana ada konspirasi terancang untuk kes Datuk Seri Anwar ini yang memalukan kita di luar negara.
"Sehubungan itu, beliau menggesa perbicaraan kes Fitnah II perlu dijalankan berlandaskan kepada semangat keluhuran, kedaulatan undang-undang dan ketelusan.
"Jadi saya menekankan kes ini perlu ditangani dengan satu perbicaraan yang adil dan mengikut kepada semangat keluhuran dan kedaulatan undang-undang dan diadakan secara telus untuk kita memulihkan imej negara.
"Untuk itu, keadilan harus diberikan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim di dalam kes ini," katanya.
Anwar menghadapi tuduhan liwat oleh bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan dan perbicaraan beliau yang penuh dengan kontroversi dijangka bersambung pada 14 Oktober depan.

0 Komen pengunjong :