Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

PKR tiada kaitan dengan percubaan gagalkan sidang akhbar

Parti Keadilan Rakyat memandang berat atas percubaan beberapa orang, yang mengakui sebagai penyokong KEADILAN, untuk menggagalkan sebuah sidang akhbar di Kelang semalam.
Mereka dilaporkan sebagai bertindak kasar dan mengeluar kata-kata kesat pada masa itu.  Hal ini tidak membantu kes fitnah kedua terhadap Anwar Ibrahim, bahkan menjejas imej Parti.
Saya ingin tegaskan bahawa KEADILAN tidak pernah merestui, apatah lagi mengarah tindakan kumpulan ini.  Orang yang dikatakan memimpin kumpulan ini bukannya Naib Presiden Parti ataupun Pembantu Khas Anwar, seperti mana dilaporkan oleh sesetengah media.
Namun begitu kami berpendapat bahawa Rahimi Osman, bekas pembantu Anwar telah berbohong dalam laporan polisnya yang mendakwa beliau dipaksa membuat surat sumpah.  Perkara ini akan dijelaskan oleh peguam dalam sidang akhbar tengahari ini.

*Kenyataan media oleh Syed Husin Ali selaku Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat.

0 Komen pengunjong :