Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Rugi jika ketepi pemimpin baru berkebolehan, kata Che’Gu Bard


PETALING JAYA: PKR rugi jika menolak orang baru yang mempunyai kewibawaan mempimpin semata-mata kerana statusnya baru menyertai parti, kata ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP), Badrul Hisham Shahrim.
CIKGU BARD GILASebaliknya, kata beliau, belum tentu orang lama dalam parti mampu memainkan peranan dengan baik dalam parti.

"Setiap ahli parti, tidak mengira baru atau lama mempunyai hak untuk bertanding mana-mana jawatan selagi memenuhi syarat yang ditetapkan oleh perlembagaan parti.
"Ahli-ahli parti hendaklah memilih pemimpin berdasarkan kemampuan memainkan peranan dalam membawa agenda parti dan bukannya berdasarkan emosi orang lama atau orang baru," katanya yang dikenali dengan panggilan Chegu Bard ketika dihubungi hari ini.
Menurutnya,  pemimpin yang berwibawa adalah pemimpin yang mampu memimpin semua ahli bukan terhad kepada sesuatu kaum atau kelompok tertentu sahaja tetapi semua ahli dalam PKR.
"Cabaran PKR  adalah menyediakan pemimpin yang mampu memainkan peranannya sebagai pengikat dalam PR dan diterima oleh semua parti politik dan kaum dalam PR seperti mana yang dilakukan oleh Datuk  Seri Anwar Ibrahim.
Badrul Hisham juga menjelaskan, beliau tidak menyertai mana-mana kem sebaliknya lebih suka bersendirian dalam mendapatkan sokongan dari ahli.
"Bagi saya pemimpin naungan merupakan pemimpin yang lemah dan tidak berpendirian sedangkan dalam politik setiap pemimpin memerlukan idealisme dan proses kematangan yang berterusan.
‘Untuk membentuk kematangan tersebut memerlukan pengorbanan diri bukannya melalui politik naungan," jelas beliau.

0 Komen pengunjong :