Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Pingat Emas pertama Malaysia pada Sukan Komanwel

cwgbm NEW DELHI:  Malaysia menamatkan saingan hari pertama Sukan Komanwel 2010 dengan memperoleh pingat emas pertama menerusi Amirul Hamizan Ibrahim dalam acara angkat berat kategori 56kg lelaki.
Di gelanggang badminton pula, Malaysia yang diletakkan dalam Kumpulan A, memulakan rentak dengan mengalahkan pasukan Isle of Man 4-0 dan kemudiannya menumpaskan Seychelles 5-0.

Dalam acara memanah recurve wanita kelayakan individu (70m) Anbarasai Subramaniam berada di tempat kelima, dalam acara sama bagi kelayakan individu lelaki (70m), Cheng Chu Sian berkesudahan di tangga keempat, Muhammad Izzuddin di tempat kelapan dan Arifin Farhan pula berada di kedudukan ketiga.
Malaysia turut mengalahkan Samoa 2-0 dalam boling padang pairs wanita perlawanan Kumpulan B, dan dalam pairs lelaki, Malaysia menewaskan Malawi 1-0.
Bagi acara boling padang triples wanita perlawanan Kumpulan A, Malaysia mengalahkan Cook Islands 1-0.
Atlet angkat berat Zaira Zakaria pula terpaksa berpuas hati di tempat keempat dalam kategori 48kg wanita.
Sementara itu, dalam perlawanan hoki wanita kumpulan B, Malaysia mengalahkan Kanada 3-2.
Di kolam renang pula, Chan Kah Yan menamatkan saingan di tempat ketujuh dalam acara 200m gaya bebas wanita, Ian James Barr menduduki tempat keempat dalam acara 50m kuak lentang dan melayakkan diri ke separuh akhir.
Kevin Yap Soon Choy berada di tempat keenam acara 400m gaya bebas lelaki dan Daniel William Bego di tempat kelima 200m kuak kupu-kupu lelaki.
Dalam acara 50m kuak dada wanita, Christina Loh Yen Ling menamatkan saingan di tempat keenam manakala Erika Kong Chia Chia pula di tempat ketujuh.
Malaysia melakukan permulaan yang baik dalam acara ping-pong apabila pasukan lelaki negara mengalahkan St Lucia 3-0 manakala pasukan wanita pula menewaskan Vanuatu 3-0.

0 Komen pengunjong :