Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Pemuda MCA: Pulau dan hukum 'lelaki primitif'

Pergerakan Pemuda MCA mengulangi pendirian parti Cina itu yang menuntut tindakan ke atas kakitangan awam yang menghamburkan kata-kata perkauman dan menggesa BN supaya memulaukan kumpulan pelampau.
"Saya mesti tegaskan bahawa kepimpinan BN mesti menolak pelampau dan juga kumpulan pelampau,” kata ketuanya, Datuk Wee Ka Siong pada Perhimpunan Mesyuarat Agung Tahunan Pemuda MCA ke-46 di Wisma MCA di Kuala Lumpur.

Wee yang juga adalah timbalan menteri pelajaran berkata tindakan itu penting jika BN inginkan sokongan daripada seluruh rakyat kerana dengan bersekongkol dengan kumpulan pelampau akan meminggirkan sesetengah kumpulan masyarakat.

"Ini tidak baik untuk rakyat negara ini yang terdiri daripada pelbagai bangsa, agama dan budaya.

"Saya gesa pemimpin persekutuan BN untuk bertindak segera ke atas mereka itu dengan sewajarnya. Kita mahu melihat mereka yang mengancam keharmonian negara dihukum,” katanya.

Lebih memeranjatkan, kata Wee sesetengah pelampau itu menghalalkan tindakan mereka dan mendakwa diri mereka sebagai wira.

"Sebenarnya, mereka melakukan semua itu untuk kepentingan peribadi dan semua itu dilakukan dengan mengorbankan perpaduan rakyat yang boleh menjejaskan pembangunan dan masa depan negara,” katanya sambil melabelkan kumpulan itu sebagai “lelaki primitif”.

Nasihat Wee yang juga ahli parlimen Ayer Hitam ialah “anda tidak sesuai pada zaman moden ini, oleh itu lebih baik, pulang ke zaman kuno!”

Meskipun tidak menyebut “lelaki primitif” itu sebagai Pertubuhan Peribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), namun MCA sejak kebelakangan berterusan menggesa Umno supaya menjauhkan diri daripada kumpulan berkenaan yang didakwa banyak menghakis sokongan kepada BN.

Sementara itu, beberapa pemimpin sayap parti komponen BN juga kerajaan bertindak keras ke atas kumpulan pelampau yang membangkitkan isu perkauman kerana tindakan itu hanya akan menjejaskan perpaduan di negara ini.

Ketua Pemuda Gerakan, Lim Si Pin, berkata ketika negara mengorak langkah ke arah negara maju, semua pihak tanpa mengira bangsa dan agama perlu bersatu padu dengan memupuk suasana harmoni.

"Kita rakyat Malaysia perlu terus bergerak maju, Jangan kita masih lagi membicarakan atau terus membangkitkan isu perkauman.

"Melayu, Cina atau India, yang pentingnya kita semua rakyat negara ini, kita perlu bersatu menjayakan aspirasi 1Malaysia," katanya,

bagi setiausaha Pemuda MIC, C Sivaraajh berkata, beliau sedih apabila isu perkauman terus dibangkitkan bagi tujuan tertentu walaupun negara sudah lebih 50 tahun mencapai kemerdekaan.

Katanya, semua rakyat Malaysia tanpa mengira agama berkorban untuk kemajuan negara ini.

"Malaysia sentiasa menjadi contoh kepada negara luar...itu satu perkara yang membanggakan.
"Tetapi, masih ada pihak yang secara berterusan membangkitkan isu perkauman. Perkara ini tidak akan menguntungkan mana-mana pihak," katanya.

0 Komen pengunjong :