Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Pakatan Rakyat Hanya Mahu Ke Tampuk Kuasa Melalui Proses Demokrasi

matsabu
BUTTERWORTH 25 Okt - PAS akan tetap bersama Pakatan Rakyat dengan menggunakan jalan demokrasi untuk mencapai cita-cita menubuhkan kerajaan persekutuan walau apa pun pelbagai label dan cercaan yang dilemparkan oleh Umno-Barisan Nasional kepada kepimpinan parti itu semasa kempen pilihan raya kecil Galas dan Batu Sapi.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mohamad Sabu berkata Pakatan Rakyat berpegang kepada prinsip mendapat kuasa menerajui negara cara terhormat iaitu melalui proses pengundian yang telus dan luhur serta adil tanpa ada penipuan dan pembohongan dalam pilihan raya.

"Kita mahu mendapat mandat dan kuasa dengan cara yang terhormat dan bukannya dengan cara songlap atau pintu belakang.

"Walaupun Umno dilihat cuba meniupkan semangat kebangsaan Melayu secara berkobar-kobar dalam perhimpunan agung mereka baru-baru ini, namun ia tidak sedikit pun menggugat atau melemahkan semangat kita dalam PR.

"Mereka mendakwa kuasa Melayu akan hilang sekiranya Umno sudah tidak berkuasa lagi dalam arus pemerintahan negara. Apakah mereka tidak melihat kepada realiti yang ada sejak 20 tahun di Kelantan yang memerintah adalah PAS yang seratus peratus kemelayuannya dan siapa yang hilang kuasa di situ, " tegas Mohamad ketika berucap dalam majlis Jamuan Makan Malam Tabung Wisma DAP anjuran DAP Parlimen Bagan di Butterworth di sini Jumaat lalu.

Mohamad mendakwa pihak yang sebenarnya hilang kuasa adalah Melayu Umno dan bukannya orang Melayu keseluruhannya seperti mana sentimen yang sering dimainkan oleh Umno.

Tambah beliau lagi, dakwaan Umno yang mengatakan Melayu akan hilang kuasa adalah satu dakwaan merbahaya yang boleh mengelirukan segelintir masyarakat yang tidak memahami hakikat sebenar.

"Di Kedah juga PAS yang menang majoriti. Apakah kuasa Melayu turut hilang di sana. Yang hilangnya adalah kuasa Umno Kedah yang sudah tidak mampu lagi untuk melaksanakan kronisme dan penyelewengan. Bukannya kuasa politik Melayu kerana PAS masih lagi memberi pembelaan terhadap semua golongan masyarakat bersama PR," jelas Mohamad.

Beliau menyeru rakyat supaya tidak lagi terpedaya dengan omongan parti pemerintah seperti Umno, MCA, MIC dan juga Gerakan yang semakin lama semakin terdesak untuk mendapat kuasa sebelum menjelangnya pilihan raya umum ke-13 yang akan datang.

0 Komen pengunjong :