Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Najib akui hak Melayu dijaga jika pun Pakatan ganti BN


KUALA LUMPUR, 22 Okt — Pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat melihat ucapan Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak semalam sebagai kredit kepada perikatan itu, di samping dengan sendirinya mengakui kedudukan orang Melayu tidak akan terjejas sama sekali meskipun Barisan Nasional (BN) digantikan dari menerajui Putrajaya.
“Ya, saya menganggap bahawa Datuk Seri Najib mengakui kebolehhan dan keupayaan kami Pakatan menggantikan Umno dan Barisan Nasional di pusat... saya anggap mesej yang disampaikan beliau sebagai satu kredit,” kata Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar kepada The Malaysian Insider.
“Saya secara peribadi melihat beliau terima hakikat akan kedudukan kami untuk menawan Putrajaya,” kata beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena merujuk kepada ucapan dasar kedua Najib selaku Presiden Umno semalam.
Mahfuz berkata, pengiktirafan itu terbukti dalam beberapa perkara yang ditekankan oleh Najib, yang juga Perdana Menteri.
Kata Mahfuz, pemimpin-pemimpin BN khususnya Umno selama ini menakut-nakutkan bahawa hak dan kedudukan orang Melayu akan terjejas jika kerajaan pusat dikuasai oleh Pakatan Rakyat.
“Jadi, kami melihat ucapan pemimpin dan perbahasan perwakilan menunjukkan Umno berada dalam kedudukan bahaya, terdesak untuk mengekalkan kuasa Putrajaya.
“Itu sebabnya Datuk Seri Najib sanggup mengatakan Umno mesti mempertahankan Putrajaya dalam keadaan walau apa pun yang terjadi,” kata Mafuz lagi yang turut khuatir dengan kata-kata “walau apa pun terjadi.”
Kata-kata itu, menurut beliau, Umno akan menggunakan apa jua cara sebagaimana pernah disaksikan di Perak awal tahun lalu.
“Mereka seolah-olah tidak akan meninggalkan kuasa pusat mereka dalam apa cara sekalipun walaupun ia bertentangan dengan lunas undang-undang,” katanya.
Tambah Mahfuz, oleh kerana Najib sendiri mengakui bahawa hak orang Melayu dan semua kaum “terkunci kemas” dalam Perlembagaan, maka “serahkan kunci kepada Pakatan Rakyat” untuk dijaga dengan baik dan adil.
“Umno dan BN sudah boleh jaga kunci, serahkan kunci itu kepada kami,” kata beliau lagi.
Dalam ucapannya semalam, Najib yang memberikan penjelasan panjang lebar termasuk mengimbas sejarah moden negara dan Kesultanan Melayu Melaka berkata, kedudukan orang Melayu serta Bumiputera dan kepentingan kaum-kaum lain dari segi politik telah termaktub jelas dalam Perlembagaan Persekutuan.
Kata beliau, ia terkunci kemas dalam artikel-artikel Bahagian 3 mengenai kewarganegaraan, Perkara 38 berkait Majlis Raja-Raja, Perkara 152 tentang Bahasa Kebangsaan dan Perkara 153 mencakupi antara lain Perezapan kuota perkhidmatan dan permit untuk orang Melayu.
“Seterusnya, saudara dan saudari, kita mesti memahami dan mengetahui bahawa, pindaan terhadap artikel-artikel ini tidak boleh dilakukan tanpa persetujuan Majlis Raja-Raja mengikut Perkara 159 Perlembagaan Persekutuan. 
“Ia ditambah kukuh pula oleh Perkara 10 Fasal 4, yang memberi kuasa kepada Parlimen, bagi menggubal undang-undang, melarang perbuatan mempersoal apa-apa perkara, hak, taraf, kedudukan, keistimewaan, kedaulatan atau hak kedaulatan yang ditetapkan atau diperlindung oleh peruntukan Bahagian 3, Perkara 152, 153 dan Perkara 181,” kata Najib.
Sehubungan itu, kata beliau, hal ini, hendaklah diketahui bahawa apa yang menjadi polemik hebat hari ini sama ada tentang kerakyatan selepas merdeka atau hak istimewa orang Melayu sebenarnya, sudah menjadi perdebatan akademik.
“Ini kerana dari segi perundangan, peruntukan-peruntukannya sudah pun tersurat dan sekaligus terpateri kemas,” kata Najib lagi.
Kata Najib lagi, seandainya mempunyai majoriti dua pertiga dalam Parlimen pun, tidak akan mampu mengubah setitik apa jua, tanpa kebenaran Majlis Raja-Raja Melayu yang dianggotai sembilan Raja Melayu.
Dalam kata lain tegas Najib, sia-sia sahaja jerit pekik untuk menggunakan peruntukan tentang kerakyatan bagi mengancam kaum lain kerana peruntukan yang tertulis ini begitu konkrit sekalipun darurat diisytiharkan, ia tetap tidak boleh disinggung.
Sementara itu, Naib Presiden PKR Mustaffa Kamil Ayub juga melahirkan pandangan yang sama dengan menegaskan bahawa rakyat khususnya orang-orang Melayu perlu percaya bahawa sesiapa pun yang bakal memerintah kerajaan pusat pada pilihan raya umum ke-13, semua kepentingan ini tetap akan dipertahankan sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan.
“Rakyat perlu percaya bahawa kalau PKR, PAS dan DAP semua kepentingan Melayu dan bukan Melayu akan terus dipertahankan kerana Malaysia mengamalkan konsep ketertinggian Perlembagaan.
“Maka, kalau pemimpin-pemimpin tertentu Umno mendakwa bahawa Melayu akan hilang kuasa kalau Umno kalah dalam pilihan raya umum ke-13 nanti, itu semua adalah dakyah Umno untuk membodohkan rakyat semata-mata,” katanya.
Tambah beliau, jika pemimpin-pemimpin dari Perkasa mendakwa kuasa Melayu akan musnah kalau rakyat memberi mandat kepada PKR, PAS dan DAP, itu juga adalah dakyah untuk mengugut rakyat supaya tidak menolak politik rasis dan kronisme Perkasa dan Umno.
“Di Dewan Rakyat sekarang, pemimpin PKR khususnya Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ketua Pembangkang merangkap Ketua Umum PKR bertarung menyelamatkan berbilion-bilion wang rakyat dari dibazirkan pada dengan beberapa projek mewah dalam Bajet 2011 seperti Menara Warisan Merdeka, Permata, MRT, 1MDB dan sebagainya yang jelas menafikan hak majoriti rakyat.
“Di Dewan Rakyat sekarang, Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Presiden PAS merangkap Ahli Parlimen Marang giat menasihatkan Najib supaya tidak meneruskan projek pencakar langit di atas kemiskinan rakyat yang akhirnya mengundang kebinasaan tamadun.
“Di Dewan Rakyat sekarang, Lim Guan Eng, Setiausaha Agung DAP merangkap Ahli Parlimen Bagan bertungkus lumus mendesak suatu suruhanjaya ditubuhkan supaya RM52 bilion ekuiti Bumiputera yang hilang dapat disiasat dan dikembalikan kepada rakyat, khususnya Melayu,” katanya.
Calon timbalan presiden PKR ini menekankan, selaku Naib Presiden PKR, beliau mengajak rakyat baik Melayu atau bukan Melayu supaya memperkukuh keyakinan masing-masing serta membantu Pakatan Rakyat menguasai Putrajaya supaya Malaysia mempunyai masa depan yang jauh lebih aman, bermaruah dan sejahtera sekiranya Pakatan Rakyat mengambil alih Putrajaya.
Kata beliau, rakyat mesti membantu Pakatan Rakyat.
“Saya mahu mengambil tanggungjawab ini untuk memastikan Pakatan Rakyat tetap mempertahankan ketertinggian Perlembagaan; tidak ada rakyat baik Melayu, Cina, India, Kadazan, Iban dan sebagainya dizalimi sebagaimana era Umno BN memerintah negara kelak.
“Malaysia lebih sejahtera sekiranya rakyat menolak politik rasis, kronisme, pembaziran, adu domba angkara pemimpin-pemimpin tertentu negara,” katanya lagi.

0 Komen pengunjong :