Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Mustapa Enggan Jawab Soalan Anwar Isu Daya Saing Malaysia

AI37KUALA LUMPUR 12 Okt - Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed semalam gagal menjawab persoalan yang dikemukakan Ketua Oposisi, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung laporan Bank of America Merrill Lynch bulan lalu yang menyatakan Malaysia sebagai pasaran yang paling tidak digemari daripada 12 negara Asia Pasifik.
Mustapa juga gagal menjawab soalan tambahan yang diajukan Ahli Parlimen Permatang Pauh berhubung isu penganugerahan kontrak kerajaan bernilai berbilion ringgit yang dilakukan tanpa tender yang sah.
Sebaliknya Menteri tersebut mendakwa Anwar menggunakan data secara selektif untuk memburukkan kerajaan.
Dalam ulasannya Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail menyatakan kegagalan Mustapa memberikan penjelasan bakal menjejaskan keyakinan pelabur dalam dan luar negara serta belanjawan yang akan dibentangkan Perdana Menteri, Jumaat ini.
"Beliau sepatutnya mengambil peluang ini untuk dijadikan ruang bagi memberikan penjelasan kerana kerajaan Umno-Barisan Nasional dilihat bergelut untuk memulihkan keyakinan pelabur.
"Dalam keadaan kerajaan memperkenalkan Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Pelan Tranformasi Ekonomi (ETP) serta Model Ekonomi Baru (MEB), kerajaan juga perlu menaikkan tahap keyakinan pelabur kepada tahap yang maksima," kata Azan kepada Suara Keadilan.
Menurutnya, sepatutnya ada tindakan dan penjelasan terbaik daripada Menteri terbabit sekaligus menghuraikan dan memberikan penerangan yang meyakinkan untuk dijadikan asas bagi memulihkan keadaan.
Tambahnya, jawapan yang diberikan Mustapa tidak menyentuh soalan yang dikemukakan Ketua Oposisi malah sikap beliau memberikan pengesahan keadaan ekonomi dan 'rating' kerajaan semasa yang sebenarnya tidak berada di tahap pembaharuan malahan mengalami kemerosotan.
"Di situ, pelabur dalam dan luar negara melihat tidak ada sebenarnya faktor pemulihan, faktor yang lebih baik.
"Kalau tidak, sudah tentu Menteri akan menggunakan kesempatan ini menekankan aspek yang positif sekiranya benar ada namun sebaliknya, beliau menggunakan Parlimen untuk melarikan diri daripada menjawab persoalan asal yang dikemukakan oleh Ahli Parlimen Permatang Pauh," tambah Azan.
Ini katanya merupakan kerugian besar kepada kerajaan apabila hari pertama sidang dewan telah dimusnahkan dengan kaedah melarikan diri daripada menjawab persoalan dengan betul.
"Fakta yang diberikan Mustapa hari ini bakal memberikan ukuran bagi pelabur dalam dan luar negeri, apatah lagi ETP bergantung harap banyak kepada pelaburan dalam negeri (60 peratus) dan pelaburan asing (31 peratus).
"Jadi, isu yang di bawa Mustapa ini menjadi ukuran kepada asas pemulihan. Kita bimbang, pada kaedah jawapan yang diberi oleh beliau, kalau-kalau beliau cuba melarikan diri daripada menjawab persoalan itu telah memberikan jawapan yang meragukan seperti laporan Bank of America Merrill Lynch itu dikeluarkan secara mingguan.
"Pandangan beliau itu merupakan satu pandangan yang pelik," ujar Azan lagi.

0 Komen pengunjong :