Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Mampukah GLC dibebani hutang labur RM454 bilion?


pua
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua semalam menyuarakan kesangsian beliau mengenai kemampuan syarikat- syarikat berkaitan kerajaan (GLC), yang dibebani dengan hutang, melabur sebanyak RM454 bilion di bawah Pelan Transformasi Ekonomi (ETP).
ETP yang dilancarkan oleh Unit Penyampaian dan Pengurusan Prestasi (Pemandu), Jabatan Perdana Menteri baru-baru ini menyasarkan jumlah pelaburan sebanyak RM1.4 trilion atau US$444 bilion dalam 131 Projek Pintu Masuk (EPP – Entry Point Project) untuk mencapai status negara berpendapatan tinggi menjelang 2020.

Bercakap kepada para pemberita di lobi Parlimen semalam, Pua berkata, "17 GLC terbesar – tidak termasuk institusi perbankan – mempunyai hutang terkumpul yang banyak iaitu RM38.6 bilion.
"Pada masa yang sama, jumlah dana pemegang saham dalam GLC sehingga ini hanya berjumlah RM140 bilion," kata beliau yang juga setiausaha publisiti DAP.
Beliau berkata, dari sejumlah US$444 bilion yang diperlukan itu, 60% adalah dari sektor swasta, 32% dari GLC dan bakinya 8% dari kerajaan sendiri.

Unjuran tidak realistik
"Berdasarkan andaian di atas, jumlah pelaburan dari GLC yang diunjurkan ialah kira-kira RM454 bilion dalam tempuh lapan hingga sembilan tahun.  Adakah jumlah ini realistik?" soal beliau.
Ujar beliau, "untuk memastikan ianya berjaya dilaksanakan, walaupun amat tipis sekali, ETP memerlukan sasaran pelaburan yang realistik dan mampu dikendalikan oleh GLC.
"Persoalannya sama ada GLC kita mampu mencapai jumlah unjuran pelaburan baru di mana pada kadar puratanya ialah sebanyak RM50 bilion setahun sehingga 2020," katanya.
Menurut beliau, syarikat-syarikat ini tidak berupaya melabur RM454 bilion pada tempuh lapan hingga sembilan tahun yang akan datang.
"Jumlah pasaran yang diurusniagakan (market capitalisation) melibatkan GLC ini hanya berjumlah RM266 bilion tapi kita sebenarnya mengharapkan mereka melabur hampir dua kali ganda saiz sekarang ini dalam tempuh beberapa tahun sahaja," katanya.

"Gila – harap GLC yang banyak hutang cari wang"
Pua berkata, "adalah tidak munasabah mengharapkan GLC mencari dana berjumlah ratusan bilion ringgit untuk membiayai projek- projek ETP bernilai RM454 bilion.
"Mana-mana penganalisa pasaran pun akan memberitahu anda bahawa tidak masuk akal untuk mengharapkan GLC mendapatkan wang sebanyak itu," terang beliau.
"Gila…….kalau kita mengharapkan GLC meningkatkan jumlah dana pemegang saham sebanyak empat kali ganda dengan mendapatkan lebih banyak wang dari para pemegang saham dalam tempuh ini terutama apabila kerajaan juga harus mencari dana."
"Ini tidak termasuk lagi beberapa masalah yang mereka hadapai dewasa ini," tambah beliau.
Oleh yang demikian katanya, perdana menteri harus menjelaskan kepada rakyat dan ketika yang baik untuk berbuat demikian ialah pada masa pembentangan Belanjawan 2011 Jumaat ini.
"Kerajaan harus menerangkan bagaimana sektor swasta dapat mencari dana sebanyak RM454 bilion untuk GLC melabur dalam projek-projek ETP dan bakinya RM850 bilion yang dijangka dari sektor swasta," ujar beliau.

0 Komen pengunjong :