Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Menara Warisan : Satu Lagi Projek 'Gajah Putih


KUALA LUMPUR 19 OKT : Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempersoalkan pembinaan projek mega era Datuk Seri Najib Razak yang mengulangi projek gajah putih era Tun Dr Mahathir Mohammad.

Kos Pembinaan Menara Berkembar Petronas menelan lebih kurang AS$1.6 bilion (RM6 bilion).  Ini tidak termasuk lagi kos tanah (RM900 juta), taman KLCC (RM200 juta), Dewan Simfoni Filharmonik (RM500 juta), dan Loji ’Gas District Cooling (RM300 juta). Jumlah kosnya mencecah lebih RM10 bilion dan tidak termasuk kos penyelenggaraan sebanyak RM250 juta setahun.

Najib dalam Belanjawaan 2011 menyebut bahawa, "Kita berasa sungguh berbangga, bahawa, ke mana sahaja kita pergi, semua orang mengetahui tentang Menara Berkembar Petronas yang menjadi ikon negara. Ia merupakan satu monumen kepada semangat Malaysia Boleh.”

 Tegas Anwar, "Adakah kita berbangga dengan Menara Berkembar Petronas yang sudah bukan menara tertinggi di dunia? Adakah kita berbangga dengan mega projek ini yang mengakibatkan Petronas terpaksa menanggung hutang sebanyak RM10 bilion?."

Anwar turut mempertikaikan penggunaan wang Permodalan Nasioanal Berhad(PNB) dalam pembinaan menara warisan tatkala sebelum ini wang Petronas dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja(KWSP) digunakan untuk menampung kos beberapa pembinaan projek mega.
   
"Persoalannya, adakah kita memerlukan sebuah lagi menara 100 tingkat yang tertinggi di Malaysia? Tidak bolehkah kita mengekalkan Stadium Merdeka dan Stadium Negara tanpa pembinaan Warisan Merdeka?."

 "Wajarkah kita mengeksploitasikan Permodalan Nasional Berhad (PNB) selepas Petronas dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)? Bolehkah kita menjimatkan RM5 bilion kos pembinaan dan menyalurkannya untuk membina lebih infrastruktur asas di kawasan pedalaman?" soal Anwar.

1 comment :