Kumpulan pertama 350 jemaah haji berlepas

78350_calon_jemaah_haji_melakukan_manasik_di_pamekasan PETALING JAYA: Seramai 350 daripada 26,000 jemaah haji Malaysia berlepas ke tanah suci dari Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya pada penerbangan pertama malam tadi.
Pengerusi Tabung Haji Tan Sri Datuk Abi Musa Asa’Ari Mohamed Nor berkata rombongan pertama yang melibatkan tiga waktu penerbangan itu berlepas pada pukul 1.30 pagi dan mereka dijangka tiba 10.20 pagi hari ini.

Penerbangan seterusnya adalah pada pukul 5 dan 8 pagi ini.
Beliau yang ditemui ketika pelepasan itu berkata semua jemaah diingatkan agar sentiasa menjaga kesihatan ketika berada di Tanah Suci serta mematuhi setiap peraturan dan undang-undang yang dikeluarkan Lembaga Tabung Haji.
"Jemaah haji Malaysia dilihat tidak mempunyai masalah dari segi displin kerana kebanyakan dari mereka akur kepada setiap arahan yang ditetapkan terutama yang melibatkan kedua-dua belah negara," katanya.
Abi Musa berkata kerajaan Arab Saudi juga mengiktiraf jemaah haji Malaysia sebagai kumpulan jemaah yang terbaik di dunia berdasarkan disiplin dan sopan santun mereka ketika mengerjakan ibadat haji.

0 Komen pengunjong :