Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Kritik Lawatan Anwar Ke Indonesia Bukti Anifah Jahil Diplomasi

samsuliskandar
KUALA LUMPUR 18 Okt - Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Shamsul Iskandar Mohd Akin menolak dakwaan Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Anifah Aman bahawa Ketua Oposisi, Datuk Seri Anwar Ibrahim memburukkan nama negara semasa sesi rangka lawatan kerja ke negara jiran, Indonesia, baru-baru ini.

Beliau yang ditemui di lobi Parlimen selepas selesai sesi pembentangan belanjawan Jumaat lalu menganggap Menteri Luar bercakap seperti tidak memahami maksud sebenar diplomasi.

Menurutnya, diplomasi yang diamalkan sepatutnya harus berkembang kepada satu pendekatan yang lebih aktif dan progresif.

"Soal Anwar mengulas beberapa isu di Indonesia itu bukan semata-mata untuk menarik perhatian rakyat Indonesia. Apa yang jelas, beliau hanya mengulas isu yang berbangkit antara Malaysia-Indonesia.

"Malangnya, hal-hal yang tidak sepatutnya pula telah dieksploitasikan oleh kerajaan Umno-Barisan Nasional. Anwar mengambil pendekatan  menjelaskan berhubung isu seperti dakwaan lagu 'Rasa Sayang' yang telah dibangkitkan," jelas Shamsul kepada Suara Keadilan.

Ujar beliau lagi, daripada kedua-dua negara berselisih pendapat berhubung lagu tersebut, alangkah baiknya jika perbincangan bagaimana untuk memulihkan hubungan dua negara diadakan.

Antara isu dibincangkan kata Shamsul termasuk mencari jalan mensejahterakan perairan masing-masing, paling tidak pun katanya, perlu ada gabungan tenaga antara dua kerajaan dalam hal yang berkaitan keselamatan kawasan perairan dan persisiran pantai masing-masing.

"Usaha itu lebih pro-aktif dan progresif. Soal mahu memainkan isu bakar bendera dan sebagainya, ia tidak dilakukan oleh agensi kerajaan sama ada kerajaan Malaysia atau pun Indonesia.

"Ianya dilakukan oleh golongan kelompok tertentu. Apakah kita ingin menangani isu tersebut dengan menggunakan pendekatan mengkritik atau pun kita mahu menggunakan pendekatan 'soft diplomacy' yang lebih berfaedah dan mendatangkan manfaat?," soal beliau.

Apa yang dikesalkan, ujar Shamsul adalah Anifah dilihat cuba mencari jalan untuk menyerang Anwar berdasarkan laporan bohong dan fitnah tanpa berasaskan kepada fakta dan fahaman diplomasi dalam konteks hubungan luar negara.

0 Komen pengunjong :