Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

KEADILAN Tetap Yakin Biarpun Sapp Cuba Pecahkan Undi Pakatan Rakyat

Anwar_BatuSapiSANDAKAN 24 Okt - Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkata keputusan Parti Maju Sabah (Sapp) meletakkan calon dalam Pilihan Raya Kecil Batu Sapi adalah usaha untuk memecahkan undi kepada Pakatan Rakyat.

Anwar menegaskan pada peringkat awal perbincangan dengan Presiden Sapp, Datuk Seri Panglima Yong Teck Lee, KEADILAN mengambil pendekatan berlembut dalam usaha untuk memujuk parti tersebut untuk tidak bertanding di kerusi parlimen tersebut dan membenarkan Pakatan Rakyat melalui KEADILAN bertembung dengan Barisan Nasional dalam pertandingan satu lawan satu.

"Kita memasuki pilihan raya kecil ini dengan pendekatan yang amat relistik bahawa kerusi ini adalah kubu Barisan Nasional dan kita adalah 'underdog' dan menerima hakikat ini.

"Kita melalui proses perbincangan atasa dasar berlembut sekali merayu kepada mereka agar diberikan Pakatan Rakyat ruang untuk bertemu BN di pilihan raya kecil ini atas dasar satu lawan satu bukan antara Pakatan Rakyat, BN dan Sapp yang kami tidak tahu di mana pendirain mereka; samada mereka mahu menyertai kita (Pakatan Rakyat) atau Barisan Nasional. Kita tidak mahu mengambil risiko besar dalam perkara ini," jelas Anwar ketika berucap pada majlis pelancaran jentera PRK KEADILAN Batu Sapi sekaligus merasmikan pejabat baru Cabang Batu Sapi di Bandar Ramai-Ramai di sini tengahari tadi.

Bagaimanapun Anwar memberi jaminan kepada semua Ketua Cabang KEADILAN negeri Sabah yang hadir pada majlis tersebut, tindakan Sapp yang mencalonkan Teck Lee bertanding kerusi parlimen P185 itu sedikit pun tidak akan menjejaska kekuatan dan strategi merampas Batu Sapi dari tangan BN.

"Kita minta Sapp beri pertimbangkan permintaan kita tapi mereka nampaknya bertegas, jadi saya ingin tekankan keputusan mereka sedikitpun tidak akan menjejaskan kempen biarpun kiat berdepan dengan pertandingan tiga penjuru.

"Apa yang paling penting kita perlu perkukuhkan jentera dan perbaiki semua kelemahan yang ada. Di peringkat pusat, JPRP (Jabatan Pilihan Raya Pusat) sedia membantu, begitu juga pimpinan negeri di bawah Ahmad Thamrin tetapi peringat cabang adalah fokus sebenar. Ini kerana pimpinan peringkat cabanglah yang mengenali segenap aspek kawasan ini biarpun dari segi suku kaum di sini samada Bajau, Kadazan, Orang Sungai, Suluk dan sebagainya. Saya menggesa semua anggota baik Melayu, Cina, Kadazan gembelengkan tenaga dan bersatu membantu jentera pilihan raya Batu Sapi.

"Kita yakin Pakatan Rakyat akan lepasi tembok perkauman yang dibina oleh BN dan catatkan satu sejarah di Batu sapi yang akan mengejutkan dan membahagiakan rakyat Sabah. Kita akan menghantar jurucakap bagi Batu Sapi dan sabah yang lebih berkesan daripada tukang-tukang angguk (wakil rakyat BN dari Sabah) yang ada dalam Parlimen sekarang," tegas Anwar lagi

0 Komen pengunjong :