Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

JPM Boros Belanja Biayai Rombongan PM, TPM

jpmKUALA LUMPUR 19 Okt - Ahli Parlimen Batu, Tian Chua mendakwa Jabatan Perdana Menteri (JPM) semakin boros berbelanja dana awam apabila kos rombongan rasmi Perdana Menteri dan Timbalannya melonjak  daripada RM6 juta pada 2009 kepada RM10 juta tahun ini.

"Pada tahun 2008, kos rombongan rasmi Perdana Menteri pada ketika itu, Tun Abdullah Badawi berjumlah RM5.5 juta tetapi apabila Najib mengambilalih jawatan Perdana Menteri pada 2009 dan 2010, jumlah kos melonjak tinggi iaitu RM6 juta dan RM10 juta pada tahun ini.

"Ini bermakna di antara tahun 2008 dan 2009, kos tersebut meningkat  hampir 8 peratus dan dari tahun 2009 dan 2010, ia meningkat 62 peratus," kata beliau dengan merujuk kepada dua soalan berkaitan perkara itu kepada Perdana Menteri di dalam Parlimen.
Katanya lagi, perbandingan kos menampung rombongan rasmi antara 2008 dan 2010 menunjukkan peningkatan sebanyak 75% dan angka tersebut amat membimbangkan.

Ini katanya, melihat kepada kos purata seorang pegawai yang terlibat dalam rombongan iaitu RM20,000  (tahun 2008, 280 orang pegawai) dan RM32,000 setiap pegawai bagi tahun 2010 (311 orang pegawai).

Dalam pada itu, Tian Chua juga berkata perbezaan kos antara 2008 dan 2010 menunjukkan peningkatan perbelanjaan sebanyak 58 peratus.

"Saya percaya bahawa ketika rombongan rasmi Perdana Menteri dan timbalannya terpaksa menanggung kos perbelanjaan besar di London pada tahun 2008, sebahagian besar kos tersebut adalah untuk membiayai isteri beliau, sebagai contoh pada bulan Mei lalu di mana beliau telah menghadiri Forum Wanita Antarabangsa di Washington dan New York," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Dalam jawapan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz berkata pada tahun 2006, jumlah keseluruhan perbelanjaan JPM adalah RM4.3 bilion dan mencecah melebihi RM10.2 bilion pada tahun 2009.

Ini menunjukkan pertambahan sebanyak 136%, tidak termasuk perbelanjaan tambahan.

Dalam Bajet 2011, JPM telah diperuntukkan sebanyak RM18 bilion atau 10 peratus daripada keseluruhan  peruntukan dan ketiga terbesar mengikut jumlah peruntukan setiap kementerian.

0 Komen pengunjong :