Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Hanya 5 Ahli AMK Serah Memo Kepada Ketua Umum Bukan 60

amirPERMATANG PAUH 18 Okt - Ketua Angkatan Muda KEADILAN Pulau Pinang, Amir Md Ghazali menafikan seramai 60 ahli AMK negeri itu dan juga Perak terlibat dalam penyerahan memorandum kepada Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa hari penamaan calon di ibu pejabat parti Sabtu lalu.

Malah beliau menyanggah dakwaan 60 individu yang mengaku ahli AMK sebagai satu pembohongan dan fitnah yang sengaja direkacipta.

"Jumlah yang dilaporkan oleh media adalah tidak logik sama sekali. Berdasarkan siasatan yang dilakukan oleh AMK Pulau Pinang, kita mendapati hanya lima sahaja individu yang terlibat dan bukannya 60 orang.

"Mereka ini pula adalah ahli yang telah dipecat. Salah seorang dari mereka adalah anak kepada petugas bekas Ahli Parlimen Bayan Baru yang masih setia dengan Ahli Parlimen tersebut, " kata Amir ketika ditemui pada majlis meraikan 105 jemaah haji oleh Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail di sini semalam.

Kata Amir lagi, provokasi yang dilakukan ini adalah sebagai satu helah untuk meraih sokongan masyarakat menjelang pilihan raya kecil Galas dan Batu Sapi.

"AMK Pulau Pinang begitu kesal dengan tindakan pihak tersebut yang sengaja menggunakan nama AMK dengan niat jahat dan berbentuk provokasi semata-mata memberi pandangan serong terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Kami AMK Pulau Pinang, tetap menyokong dan berdiri teguh dibelakang Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana yakin dengan kredibiliti dan kepimpinan yang dibawa oleh beliau kearah reformasi politik baru dalam negara ini, " ujar beliau lagi.

Sehubungan itu tindakan tegas akan diambil selepas ini bagi mempertahankan nama baik AMK Pulau Pinang dari terus dicemari dan dipermainkan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab serta mempunyai kepentingan politik yang didalangi oleh pihak tertentu.

0 Komen pengunjong :