Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Galas : PAS dakwa peranan Ku Li saingan ‘pedang dua mata’

KUALA LUMPUR, 7 Okt — Sambil menyifatkan pertarungan pilihan raya kecil DUN Galas sebagai saingan “pedang dua mata”, PAS percaya hubungan parti Islam itu dengan Tengku Razaleigh Hamzah tidak akan terjejas meskipun Ahli Parlimen Gua Musang tersebut bakal bertindak pengarah jentera BN dan kemungkinan calonnya.
PAS yakin Tengku Razaleigh, bekas pengasas Petronas dan bekas pengerusinya, akan kekal dengan pendirian memberi sokongan “moral” dihulurkan dalam isu tuntutan royalti minyak negeri Kelantan.
“Kami yakin beliau akan kekal dengan pendirian (menyatakan sokongan kepada kerajaan negeri Kelantan),” kata Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali pada sidang media di sini hari ini.
Mustafa melahirkan keyakinan itu atas landasan pertarungan pilihan raya kecil ini adalah antara parti, bukannya individu.
“Kita kena faham bahawa pilihan raya ini parti lawan parti, Ini PAS, Pakatan Rakyat lawan Umno, BN... bukannya lawan orang, jadi tiada masalah dari segi itu. Parti lawan parti, jadi perkara itu tidak berbangkitlah,” kata beliau yang yakin Tengku Razaleigh tidak akan menjadi calon Umno-BN.
“Saya tidak fikir Ku Li akan menarik diri daripada memberi sokongan dalam isu royalti, sebab itu ia soal lain,” kata Mustafa sambil menambah, “saya rasa ia (pilihan raya kecil) tidak akan memberi kesan.”
“Saya rasa pendirian beliau akan berterusan,” katanya lagi.
Bagaimanapun kata Mustafa, beliau tidak tahu bagaimana Tengku Razaleigh, ketua Umno Gua Musang, akan menangani isu royalti minyak jika dibangkitkan ketika kempen pilihan raya kecil bermula 26 Oktober ini.
“Itu saya tidak tahu, itu kena tanya beliaulah,” kata beliau.
Kelantan memfailkan tuntutan royalti minyak di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur 30 Ogos lalu.
Tengku Razaleigh dari awal telah menyatakan sokongan kepada kerajaan negeri dalam isu tuntutan royalti daripada pusat dan Petronas.
Pilihan raya kecil akan berlangsung 4 November dengan penamaan calon 26 Oktober.
Mustafa mengakui pilihan raya kecil ini penting bagi kedua-dua Umno dan PAS walaupun ia tidak akan membawa kesan ke atas kedudukan pentadbiran kerajaan negeri.
“Sebab Galas ini kubu kuat Umno, hanya sekali sahaja dapat dirampas (oleh PAS) daripada Umno, dalam pilihan raya lepas (Mac 2008).
“Oleh itu, kami tidak melihat ia sebagai mudah kepada kitalah, tetapi ia penting sebab kita penyandang, sebab itu kalau kita kalah ada terjejas sedikit dia punya... walaupun tidak mengubah kerajaan.
“Bagi Umno, BN kalau ia kalah, lagi teruk imej dia, sebab ini kubu dia, pilihan raya kecil, pengarahnya pemimpin yang paling berpengaruh di negeri (Kelantan)... sebab itu saya kata kedua-dua melihat pilihan raya ini penting,” katanya.
Kata beliau, PAS sendiri melihat Tengku Razaleigh sebagai orang yang paling berpengaruh dan dihormati kerana peranannya dalam isu royalti dan sebagainya.
“Tetapi ini satu perkara yang saya lihat, dalam kes Ku Li sendiri sebagai pedang dua mata,  pertama kalau dia jadi pengarah dan PAS menang ertinya BN kalau, bermakna boleh menjejaskan moral politiknya, dan dia menang, memanglah ia akan menaikkan imej dia,” katanya.
“Sebab itu saya kata pilihan raya kecil ini bukan sesuatu yang kita boleh pandang mudah, tak pandang mudah perkara ini,” katanya.
Mengenai tarikh perisytiharan calon kata Mustafa, ia akan dirujuk kepada jentera Kelantan untuk ditentukan.
“Ia akan ditentukan dalam waktu terdekat,” katanya lagi sambil menjelaskan, PAS akan mengumumkan calonnya lebih awal berbanding Umno-BN.
“Saya rasa kita akan umum cepat sebab Umno belum tentu lagi siapa calon mereka,” kata beliau.
Jelas Mustafa, PAS pusat akan mengadakan mesyuarat minggu depan untuk menyenaraipendekkan calon mereka.

0 Komen pengunjong :