Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Batu Sapi: Siapa tanggung risiko terbesar?

ANALISIS BERITA Pertaruhannya jelas amat besar bagi ketiga-tiga calon yang bertanding dalam pilihan raya kecil parlimen Batu Sapi pada 4 November ini.

Ianya menjadi menarik kerana pilihan raya kecil ini dilihat sebagai pertembungan sebenar pertama antara BN, parti pembangkang tempatan, Parti Maju Sabah (SAPP) dan Pakatan rakyat.
Tetapi yang lebih penting ialah impak keputusannya nanti - bukan sahaja terhadap kecenderungan pengundian di Sabah yang digelar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai "deposit tetap" BN, tetapi juga bakal menentukan masa depan calon-calon yang bertanding.

Mungkin risiko terbesar diambil oleh presiden SAPP, Datuk Yong Teck Lee yang mengambil keputusan bertanding dalam pilihan raya kecil parlimen Batu Sapi.

Ini adalah pertama kali pihaknya bertanding menentang BN, sejak ia meninggalkan gabungan itu pada 2008 kerana tidak yakin dengan kepimpinan perdana menteri ketika itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Sejak itu, Yong dan SAPP melonjakkan diri mereka sebagai pilihan terbaik untuk masa depan Sabah, serta menghidupkan kempen 'Sabah untuk penduduk Sabah' dan kempen 'Borneonisation' dalam usaha untuk meyakinkan pengundi menyokong parti mengambil alih pentadbiran negeri itu.

Namun keputusan Yong untuk bertanding di kerusi tersebut mungkin akhirnya menjadi pedang dua mata yang boleh melonjak atau menghancurkan masa depan politik bekas ketua menteri Sabah itu.

Sebagai presiden parti, beliau ada kelebihan dari segi kedudukannya sebagai calon, serta ditambah pula dengan pengalaman luasnya sebagai pemimpin akar umbi.

Jika beliau menang, ia boleh dilihat sebagai tanda sokongan rakyat kepada partinya untuk merampas Sabah daripada BN datang pilihan raya umum akan datang.

Jika kalah. ia mungkin menandakan berakhirnya impian SAPP untuk menguasai Sabah.

0 Komen pengunjong :