Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Anwar Lancar Jentera PRK Pakatan Rakyat P185 Batu Sapi Hari Ini

sabahKetua Umum Parti Keadilan Rakyat(KEADILAN), Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka merasmikan jentera pilihan raya kecil Batu Sapi dalam lawatan kerja beliau sehari ke Sabah esok.
Sebelum itu Anwar djadualkan mengadakan mesyuarat Majlis Pimpinan KEADILAN Negeri Sabah pada pukul 9.00 pagi sejurus mendarat di Lapangan Terbang Sandakan.
Pelancaran jentera pilihan raya kecil KEADILAN Batu Sapi akan berlangsung pada pukul 11.00 pagi di pejabat cabang di Bandar Ramai-Ramai.
Majlis pelancaran akan dirancakkan dengan ucaptama Anwar selain pimpinan parti termasuk Naib Presiden, Azmin Ali, Setiausaha Agung, Saifuddin Nasution Ismail, Pengarah Jabatan Pilihan Raya Pusat, Fauziah Salleh, Ketua Wanita Zuraida Kamaruddin, Pengerusi MPN Sabah Ahmad Thamrin Jaini dan Ahli Majlis Pimpinan Pusat Datuk Chua Jui Meng.
Sekretariat Pakatan Rakyat PAS Sabah pula akan menganjurkan Himpunan Isu Tanah Sabah di Dewan Hakka di Batu 5, Jalan Utara sebagai kemuncak kepada lawatan Anwar ke Sabah.
Himpunan itu akan turut dihadiri Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang serta Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang. program tersebut akan diisi dengan pembentangan kertas kerja berhubung tanah adat (NT), tayangan video serta pelancaran Deklarasi Tanah Sabah.
Pada pukul 5.00 petang Anwar bersama Abdul Hadi dan Kit Siang akan melancarnan jentera pilihan raya Pakatan Rakyat Batu Sapi di lokasi yang sama.

0 Komen pengunjong :