Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Umno Guna MAIPP Halang Anwar Sampaikan Tazkirah

BALIK PULAU 5 Sept - Umno dipercayai menggunakan pengaruhnya dan tekanan untuk menghalang Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan tazkiran di sebuah masjid di sini semalam.
Tindakan ini didakwa berikutan Umno-Barisan Nasional mempengaruhi Majlis Agama Islam Pulau Pinang supaya melarang khatib jemputan di masjid di negeri itu.
Kebanyakan pengerusi khariah masjid di Pulau Pinang masih terdiri daripada anggota Umno yang dilantik bagi tempuh 2 tahun oleh bekas Yang DiPertua MAIPP, Shabudin Yahya sebelum beliau diganti pada 1 Januari 2010.
Pada kejadian semalam Anwar dihalang menyampaikan tazkirah di Masjid Titi Teras, Balik Pulau oleh pentadbir masjid.
Sebelum itu Anwar menghadiri majlis berbuka puasa dan menyampaikan sumbangan Aidilfitri di Masjid Pulau Betong dan kemudiannya bertolak ke masjid tersebut untuk mengerjakan solat tarawikh atas jemputan penduduk di situ.
Bagaimanapun selesai sahaja solat tarawikh pentadbir masjid segera menjemput Ahli Parlimen Permatang Pauh itu ke jamuan moreh tanpa diminta memberi tazkirah.
Kejadian itu turut disaksikan Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Datuk Mansor Othman Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Abdul Halim Hussain, Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusof serta Ahli Parlimen Baling, Taib Azimuddin.
Mansor ketika dihubungi Suara Keadilan berkata beliau akan menyiasat mengenai perkara tersebut sebelum mengambil tindakan susulan.

0 Komen pengunjong :