Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Pakatan Rakyat Ada Peluang Cerah Di Sarawak

BUKIT MERTAJAM 5 Sept - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim membayangkan Pakatan Rakyat mempunyai peluang yang baik untuk memenangi pilihan raya negeri Sarawak yang bakal diadakan tidak lama lagi dan seterusnya menubuhkan kerajaan negeri yang baru.
Beliau membuat pengamatan demikian berdasarkan kepada perkembangan politik serta sokongan rakyat yang memberangsangkan terhadap Pakatan Rakyat Sarawak lantas memberikan gagasan itu bertapak dengan lebih kukuh untuk melebarkan pengaruhnya di negeri Bumi Kenyalang itu.
Ini juga berdasarkan kepada makluman yang diterima semasa lawatan kerja dua hari beliau ke Sarawak pada 31 Ogos dan 1 September lalu mengenai aktiviti serta persiapan jentera pilihan raya Pakatan Rakyat Sarawak.
Menurut beliau walaupun sokongan yang diterima daripada rakyat Sarawak adalah menggalakkan namun media arus perdana sentiasa menyiarkan laporan negatif mengenai Pakatan Rakyat Sarawak.
"Mereka tidak akan melaporkan apa yang benar. Inilah sikap media yang tidak memberi ruang dan menyatakan kebenaran apa yang berlaku dan inilah sepatutnya mereka lakukan,"kata Anwar selepas menyampaikan sumbangan Aidilfitri kepada 99 pegawai masjid dan penggali kubur di Masjid Tuan Abdullah dalam kawasan Dewan Undangan Negeri Penanti semalam.
Kali terakhir Sarawak mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) ialah pada 20 Mei 2006 dan tempoh matang Dewan Undangan Negeri Sarawak tamat pada 24 Julai 2011.
Pada PRN 2006 Barisan Nasional memenangi 62 daripada 71 kerusi DUN.

0 Komen pengunjong :