Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Pengurusan Kes Saman Anwar Terhadap Mohd Saiful 10 Jan 2011

KUALA LUMPUR 23 Sept - Saman Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan yang didakwa berniat jahat kerana membuat laporan polis yang dirinya diliwat bekas majikannya itu, ditetapkan untuk sebutan pada tarikh lain sementara menunggu perbicaraan kes liwat yang dihadapi Anwar di Mahkamah Tinggi Jenayah selesai.
Penolong Pendaftar Kanan Mahkamah Tinggi Khairul Farhi Yusob menetapkan 10 Januari tahun depan bagi pengurusan kes selepas berjumpa dengan peguam Jason Tay yang mewakili Ketua Pembangkang itu di dalam kamar hari ini.
Tay turut membuat sebutan bagi pihak peguam Zamri Idrus, yang mewakili Mohd Saiful.
Mahkamah Tinggi Jenayah menetapkan 14 Oktober dan juga pada November dan Disember untuk sambung bicara kes liwat Anwar.
Anwar, 63, memfailkan saman terhadap Mohd Saiful, 25, pada 30 Jun, 2008, mendakwa bekas pembantunya itu membuat laporan polis kerana mempunyai niat tersembunyi dan juga untuk mencemarkan peribadinya sebagai ahli politik.
Dalam pernyataan tuntutannya, beliau mendakwa Mohd Saiful tahu yang pertuduhan liwat itu adalah palsu tetapi tetap meneruskannya dan membuat laporan  polis pada 28 Jun, 2008.
Beliau mendakwa hasil daripada laporan polis itu, maruah beliau telah tercemar dan beliau menanggung penderitaan dan aib.
Mohd Saiful, dalam pernyataan balasannya yang difailkan pada Mei 2009, berkata laporan polis itu mempunyai justifikasi dan sekiranya perkara itu tidak benar, pihak pendakwaan tidak akan mendakwa Anwar dengan pertuduhan liwat.

Bernama

0 Komen pengunjong :