Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Najib “Samar-Samar” Mengenai Perkasa

Perdana Menteri Najib Razak sendiri enggan menjarakkan diri daripada perjuangan Perkasa secara terbuka manakala pemimpin Umno lain terus berbelah pendapat mengenai sokongan mereka terhadap pertubuhan itu.
Perkasa dilihat oleh pemimpin-pemimpin Barisan Nasional di luar Umno sebagai terlalu rasis dalam meperjuangkan Ketuanan Melayu, sehingga meminggirkan sokongan bukan Melayu terhadap gabungan itu.
MCA dan Gerakan dan SAPP di Sarawak khususnya menerima tamparan hebat, apabila ditolak oleh pengundi Cina pada pilihanraya kecil Hulu Selangor dan Sibu.
Desas-desus bertiup bahawa Najib bercadang memanggil pilihanraya umum tidak lama lagi dan telah memberi isyarat kepada pemimpin Umno untuk mengkritik Perkasa supaya memberi gambaran bahawa Umno bersama parti BN lain dalam menolak pertubuhan pimpinan Ibrahim Ali itu.
Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nazri Aziz antara yang lantang mengkritik Perkasa di susuli oleh Setiausaha Agung Umno Tengku Adnan Mansor.
Namun Najib sendiri enggan membidas Perkasa secara terbuka, walaupun mempunyai peluang berbuat demikian pada sidang akhbar di rumah terbuka Hari Rayanya di Putrajaya.
Sebaliknya Najib berkata  pihaknya tetap komited kepada dasar-dasar pro-bumiputera seperti yang digariskan di bawah Dasar Ekonomi Baru, namun pendekatan dan perlaksanaannya akan diubah dengan mengambil kira kepentingan kaum lain.
Kenyataan terbaru itu, seperti mana pada ucapan Najib pada masa-masa lalu, tidak memberikan butiran atau merungkai bagaimana kerajaan akan melaksanakan DEB “yang mesra pasaran” dan pada masa sama membina sebuah masyarakat berbilang kaum yang seimbang.
Kenyataan Najib itu dilihat sebagai lebih kepada rhetorik bagi memastikan Perkasa yang ramai kalangan ahlinya adalah anggota atau bekas anggota Umno terus menyokong parti itu.
Kenyataan yang samar-samar itu juga diharap cukup untuk digunakan oleh pemimpin-pemimpin BN bagi menyakinkan pengundi Cina dan India bahawa Umno tidak lagi menyokong Perkasa.
Hakikat ialah Najib sebelum ini menghadiri majlis Perkasa dan menolak tuduhan bahawa Perkasa adalah pertubuhan pelampau atau pun rasis.
Dan meskipun Perkasa dan mantan Perdana Menteri Mahathir Mohamad berkata Umno semakin membelakangkan hak orang Melayu dan Model Baru Ekonomi yang dipelopori oleh Najib menggugat hak kaum itu, Najib tidak membuat pendirian jelas atas isu itu.
Dan walaupun di satu pihak pemimpin Umno seperti Nazri, Khairy dan Tengku Adnan membidas Perkasa, pemimpin lain seperti Noh Omar  dan Ahmad Mazlan berkata Perkasa mempunyai peranan penting dalam masa depan orang Melayu.   
Pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat menyifatkan kemelut Umno-Perkasa tidak lebih dari sandiwara untuk terus berpaut kepada kuasa dengan menghantar mesej yang berlainan kepada pengundi Melayu dan bukan Melayu.    

0 Komen pengunjong :