Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

MP PKR nafi jadi dalang serang Zaid

kamarul-bahrin-abbas2
PETALING JAYA: Sekumpulan Ahli Parlimen yang menyokong Azmin Ali bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR menafikan dakwaan mereka adalah dalang di sebalik serangan peribadi ke atas Datuk Mohd Zaid Ibrahim, seorang lagi tokoh yang disebut-sebut akan bertanding jawatan itu.
"Tiada halangan kepada sesiapa untuk bertanding, namun ia terserah kepada anggota parti untuk menentukannya," kata Ahli Parlimen Teluk Kemang Datuk Kamarul Bahrin Abas pada satu sidang media di ibu pejabat PKR di sini hari ini, dengan ditemani enam ahli parlimen lain.
Beliau berkata, "Saya tidak nampak ia bermaksud serangan, dalam bentuk apa pun dan saya tidak pernah terfikir langsung mengenai hal itu. Jika beliau (Zaid) rasa mampu, kita benarkan dia bertanding dan serahkan kepada ahli-ahli parti untuk menentukannya."
Zaid melalui kenyataannya semalam bimbang ditimpa nasib yang sama seperti Tun Ghafar Baba sejak beliau mengumumkan hasrat bertanding jawatan Timbalan Presiden.
Malah Zaid mendakwa terdapat percubaan untuk memburukkan namanya melalui blogger Melayu yang diupah, dengan menulis bahawa beliau akan membayar RM20,000 kepada cabang yang mencalonkannya.
Kamarul berkata cubaan menjatuhkan Zaid hanya dakwaan semata-mata.
"Ia hanya satu dakwaan, lagipun bagaimana percubaan menjatuhkannya boleh terjadi sedangkan Zaid tiada kedudukan dalam parti sejak awal lagi?" soalnya.
Dalam pada itu, majoriti Ahli Parlimen dan Senator dari PKR menyatakan sokongan secara terbuka kepada Azmin, ahli parlimen Gombak dan juga naib presiden parti untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden.
Selain Zaid dan Azmin, Naib Presiden dan juga Ketua PKR Perak, Mustaffa Kamil Ayub turut berminat bertanding jawatan yang sama.
Jawatan Timbalan Presiden kini masih disandang oleh Syed Husin Ali dan beliau masih belum membuat pengumuman mengenai pendiriannya sama ada akan mempertahankan jawatan atau sebaliknya.

0 Komen pengunjong :