Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Sembelih korban: Saya masih waras

"Saya masih waras dan tahu menilai majlis apa yang dibolehkan ketika bersama masyarakat Islam"kata Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng ketika membidas dakyah terbaru Umno kononya beliau menyembelih lembu korban.

Menurutnya, perbuatan itu sengaja dibuat dengan menukar gambarnya dengan wajah Mantan Menteri Besar Perak, Dato' Seri Ir Nizar Jamaludin dengan tujuan mencetuskan kemarahan Umat Islam terhadapnya.

Beliau yakin, rakyat tidak tunduk dengan fitnah yang tidak berasas tersebut yang mempunyai maksud untuk merosakkan perpaduan kaum yang sedia ada.

Menurutnya lagi, punca utama kemarahan kepimpinan Umno dan BN terhadap kepimpinanya ialah ketika beliau mengharamkan judi bola Piala Dunia  baru-baru ini.  Disebabkan pengharaman tersebut kerajaan kehilangan sumber pendapatan yang besar.

"Bila Kerajaan Pakatan rakyat mengeluarkan kenyataan haramkan judi bola, ramai yang marah malah ada yang anggap ianya tindakan jahat kerana menghalang sumber pendapatan negara, " jelasnya.

Pulau Pinang merupakan negeri pertama yang berbuat demikian baru diikuti oleh beberapa negeri lain sehingga membuatkan Kerajaan Pusat terpaksa mengubah keputusan mengharamkan kononya mendapat bantahan banyak pihak.

Sementara itu, masyarakat berbilang bangsa di Pulau Pinang terus memuji langkah Kerajaan Negeri memberikan wang pengurusan jenazah RM1,000 kepada waris warga emas yang telah meninggal dunia serta baki pemberian RM100 kepada 80 orang warga emas di Dewan Undangan Negeri (Dun) Sungai Dua.

Pemberian itu merupakan ehsan yang dianggap cukup mengembirakan waris yang menerima kerana sebelum ini tiada kerajaan sehebat Pakatan Rakyat yang sanggup memberikan saguhati tanda simpati kepada waris yang menerima kematian keluarga tercinta.

Program sumbangan pengurusan jenazah yang diadakan di Dewan Orang Pajak Song baru-baru ini adalah program kedua setelah berjaya dadakan di Seberang Perai Selatan penghujng bulan lepas.

Seorang penerima, Osman Saad berkata, pemberian RM1,000 itu membuktikan apa yang dijanjikan oleh Kerajaan Pakatan Rakyatt di Pulau Pinang bukan janji kosong sepertimana yang didakwa oleh pembangkang.

Ooi Ah Nga pula berkata, pemberian itu terbukti slogan 'Kerajaan Berjiwa Rakyat' betul-betul menjadi kenyataan tidak mempermainkan rakyat dengan berbagai slogan.

Manakala bagi Encik Gunaseelan dari Butterworth, pemberian itu merupakan simbol Kerajaan Pakatan Rakyat berbanding Kerajaan BN yang hanya tahu menabur janji tetapi sukar untuk merealisasikanya.

"Walaupun pemberian itu tidak seberapa namun bagi rakyat yang baru menerima kematian keluarga ia merupakan hadiah berharga yang tiada ternilai terutamanya keluarga miskin, " ujarnya yang menerima sumbangan pengurusan jenazah ayahnya mendiang Kuppusamy yang meninggal pada bulan Mac lepas.

0 Komen pengunjong :