Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

MCA kesal komen Dr M, gesa Umno-BN tidak kompromi isu Perkasa

KUALA LUMPUR, 13 Sept — MCA kesal dengan pendirian bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad semalam bahawa Umno tidak harus membelakangi Perkasa jika tidak mahu Barisan Nasional (BN) hilang sokongan dalam pilihan raya umum ke-13.
Sehubungan itu, Setiausaha Agung MCA Datuk Seri Kong Cho Ha juga berkata,  BN tidak harus sama sekali berkompromi dalam soal menjauhkan diri daripada Perkasa.
Kata Kong, MCA mengalu-alukan komen pelbagai pemimpin Umno yang mahu menjauhkan diri mereka daripada Perkasa yang dilihat mengambil pendirian berbaur perkauman atas alasan sebarang kerjasama dengan pertubuhan itu hanya akan menghakis sokongan kepada Umno. “Kami kesal apabila membaca kenyataan seorang pemimpin terkemuka yang mendakwa Umno masih memerlukan sokongan Perkasa jika ia tidak mahu berhadapan dengan risiko Barisan Nasional kehilangan sokongan (dalam pilihan raya),” kata beliau.
Ujar Kong, BN tidak hanya terdiri daripada satu parti politik, sebaliknya merupakan anggota 13 komponen yang mewakili pelbagai kaum.
“Oleh itu, BN berusaha untuk mendapatkan sokongan daripada setiap kaum, bukan sahaja daripada orang Melayu,” kata Menteri Pengangkutan ini.
Tegas pemimpin MCA itu, BN tidak boleh memikat sokongan ramai menerusi kerjasama dengan kumpulan-kumpulan ekstrem, sebaliknya memerlukan mandat daripada semua lapisan rakyat.
Oleh itu tambah Kong, sebarang ikatan dan kerjasama dengan pertubuhan ekstrem hanya akan menghakis undi kepada BN.
Jelas Kong, BN sentiasa mengamalkan formula menyelesaikan apa jua rungutan ataupun masalah menyentuh orang ramai menerusi semangat konsensus.
“Oleh itu, BN tidak harus berkompromi atau bertolak ansur dengan mana-mana pertubuhan perkauman atau komen-komen ekstrem mana-mana individu atau kumpulan,” katanya lagi.
Katanya, sebagai satu ikatan yang bertanggungjawab mengutamakan keharmonian negara, keamanan dan keselamatan mengatasi segala-galanya, BN akan memastikan bahawa masa depan Malaysia tidak dikorbankan menerusi pendirian Perkasa yang bersifat perkauman dan regresif.
Mengulas mengenai pendirian Umno-BN terhadap Perkasa, Dr Mahathir mengulangi sokongan kepada Perkasa semalam dengan memberi amaran, Umno boleh kalah teruk dalam pilihan raya umum ke-13 jika parti dominan BN itu memutuskan untuk menyisihkan pertubuhan hak Melayu tersebut.
“Mereka (Umno) sudah pun berpecah, dan langkah menjauhkan diri daripada Perkasa akan menyebabkan Umno semakin berpecah,” kata Dr Mahathir yang juga bekas presiden Umno.
Sehubungan itu kata Dr Mahathir, Umno tidak seharusnya menjauhkan diri daripada Perkasa kerana tindakan sedemikian hanya akan menyebabkan mereka kehilangan lebih banyak undi berbanding prestasi dua tahun lalu.
“Dalam pilihan raya umun lalu, jurang perbezaan undi sangat kecil. Jika anda kehilangan sokongan, anda mungkin kalah teruk dalan pilihan raya (umum ke-13).
“Umno tidak kukuh. Kita tidak boleh mengetepikan sesiapa sebab dengan kita kehilangan 100 atau 200 orang, kita mungkin kalah di bahagian-bahagian tertentu,” kata beliau.

0 Komen pengunjong :