Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Majlis Aidilfitri Pakatan Sabah Dikunjongi Ribuan Rakyat

TAWAU, 27 Sept: "Tidak diduga!" Itulah ayat yang paling sesuai untuk menggambarkan betapa meriahnya Majlis Sambutan Aidilfitri Pakatan Rakyat Sabah yang julung kali diadakan di negeri ini, semalam.
Kehadiran rakyat jelata dari segenap lapisan masyarakat negeri ini membuktikan rakyat Sabah juga ingin berubah daripada kerajaan yang ada kini kepada kerajaan Pakatan Rakyat yang jelas lebih dekat di hati rakyat.

Majlis yang diadakan di Hotel Emas Tawau menarik lebih 6 ribu hadirin yang memenuhi segenap ruang yang ada di dalam dewan dari saat majlis dimulakan pada pukul 10 pagi hingga majlis berakhir pada pukul 1 petang.
Kehadiran pemimpin pemimpin pakatan rakyat Sabah dari PAS, DAP dan PKR memeriahkan lagi suasana sambutan dengan ucapan yang bersemangat.
“Ini merupakan bukti jelas bahawa rakyat boleh menerima kepimpinan Pakatan Rakyat, yang penting maklumat yang betul kena disampaikan supaya rakyat Sabah faham dan tidak terpengaruh dengan dakyah media arus perdana kongkongan kerajaan BN,” kata Pesuruhjaya PAS negeri, Muhamad Abdullah.
Pelbagai jenis hidangan kuih muih dan makanan bersesuaian dengan majlis sambutan turut disediakan di samping hiburan Islam yang dipersembahkan oleh murid-murid Pasti dan kumpulan nasyid tersohor tempatan cukup menghiburkan seluruh rakyat yang hadir.

0 Komen pengunjong :