Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Anwar: Malaysia-Indonesia Akrab Jika Pakatan Rakyat Berkuasa

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mahu menjernihkan semula hubungan Malaysia-Indonesia yang renggang kebelakangan ini, jika Pakatan Rakyat mengambil alih kuasa peringkat kerajaan pusat.

Malah, beliau mahu suasana hubungan kedua-dua negara terjalin erat kerana percaya ‘progres Malaysia mahupun Indonesia banyak bergantung kepada kekuatan hubungan bersama.’

Menyatakan Indonesia dan Malaysia tidak dapat dipisahkan berdasarkan sejarah kedua-dua negara yang berasal dari rumpun sama, Anwar berkata, pihaknya kerap mengetengah isu hubungan Malaysia-Indonesia di Parlimen.

Memetik laporan Kompas.Com, beliau tekad untuk menyelesaikan pelbagai masalah melibatkan kedua-dua negara termasuk membanteras kezaliman terhadap warga Indonesia di Malaysia, jika Pakatan Rakyat membentuk kerajaan di peringkat pusat.

Anwar bertekad untuk menyelesai masalah sedemikian mengikut Perlembagaan walaupun mengakui tidak mungkin semua masalah membabitkan kedua-dua negara, dapat diatasi sepenuhnya.

"Kita tidak jamin kekerasan itu dihentikan sama sekali, yang boleh kita jamin we will take action (tindakan tegas), keras," ucapnya ketika  menjawab pertanyaan seusai kuliah umum di Sekolah Pemerintahan Soegeng Sarjadi, Minggu di sini, hari ini.

Mengikut Detik News pula, Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu dilapor mahu mewujudkan media Malaysia yang bebas berikutan kecewa kerana pengamal media di Malaysia kerap menyiar laporan  tidak seimbang dalam hal berkaitan  Indonesia.

"Di Malaysia, tidak ada liputan yang berimbang soal Indonesia," katanya pada  forum berjudul 'Reformasi Politik dan Demokrasi di Malaysia, Menuju Persahabatan Setara Indonesia-Malaysia' di Hotel Four Seasons, Setiabudi, Jakarta Selatan hari ini.

Malah, beliau berkata, media Malaysia tidak pernah menyiarkan laporan berkaitan usaha memerangi memerangi korupsi di Indonesia, sehingga seolah-olah memberi gambaran semua orang Indonesia melakukan rasuah.

"Padahal Malaysia juga korupsi, tapi korupsinya lebih canggih karena pakai cara Inggeris, kalau Indonesia masih pakai cara Belanda," terangnya.

Anwar berkata laporan berkaitan tenaga kerja Indonesia yang disebut masyarakat negara jiran itu sebagai TKI, juga meminggirkan kepentingan mereka dengan hanya menonjolkan hal negatif.

"Media Malaysia hanya memberitakan kes yang dilakukan oleh TKI, padahal kejahatan yang dilakukan TKI sangat sedikit. Lebih banyak dilakukan masyarakat, bukan pekerja asing," katanya.

0 Komen pengunjong :