Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Taib mahu terus berkhidmat

Taik Mahmud KUCHING: Ketua Menteri Sarawak Taib Mahmud semalam secara rasmi mengumumkan kesediaannya untuk terus memimpin kerajaan negeri dan Barisan Nasional (BN) negeri.
Pengumuman ini sekali gus menamatkan spekulasi tentang kedudukan beliau berikutan kenyataannya pada 24 Ogos lalu bahawa beliau bersedia untuk mengundur diri jika rakyat mahu beliau berbuat demikian.

Taib, ketua menteri paling lama berkhidmat iatu selama 29 tahun sejak 26 Mac 1981, berkata, walaupun setengah ahli keluarganya tidak bersetuju, semua orang akhirnya memahami keputusannya untuk terus berkhidmat kerana khidmatnya masih diperlukan oleh rakyat.
"Mereka (ahli-ahli keluarga) bersetuju untuk tidak mengecewakan rakyat," katanya ketika ditemui di tempat simpanan pesawat Hornbill Skyway di sini semalam.
"Saya secara peribadi, tidak kira apa yang berlaku, akan terus membantu Sarawak," katanya di depan 7,000 orang termasuk menteri-menter kabinet negeri, ahli dewan undangan negeri (Adun), para penyokong parti BN dan wakil-wakil pertubuhan bukan kerajaan.
Pemimpin berusia 74 tahun itu, bagaimanapun, enggan menyatakan berapa lama lagi beliau akan memimpin pentadbiran negeri tetapi mendedahkan bahawa proses membentuk pasukan baru untuk masa depan sedang berjalan.
Taib berkata, adalah tiba masanya semua ahli parti komponen BN dan para penyokong membalas pembohongan yang disebarkan oleh pihak pembangkang yang hanya pandai mengkritik setiap usaha kerajaan.
Beliau memberi jaminan kepada rakyat bahawa beliau akan terus menyokong misi kerajaan negeri untuk menjadikan Sarawak sebuah negeri maju menjelang 2020.
Pada 24 Ogos lalu, Taib dilaporkan berkata, beliau belum membuat keputusan sama ada akan bertanding pada pilihan raya peringkat negeri, menjelang tamat tempuh perkhidmatannya pada Julai tahun depan.
Taib ialah Adun Asajaya sebelum berpindah ke kawasan Balingan pada 2001.
- Bernama

0 Komen pengunjong :