Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Heret segera suspek bunuh ke mahkamah

KUALA LUMPUR, 21 Sept: Presiden Majlis Peguam Negara, Ragunath Kesaven menggesa pihak berwajib supaya segera membawa suspek bunuh jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya serta tiga mangsa lain ke Mahkamah.
"Bagi pihak Majlis Peguam, saya tidak mahu isu utama diketepikan iaitu penyelesaikan kes penyiasatan pihak polis."
"Kami melihat kesemua mereka yang terlibat dibawa ke Mahkamah untuk menghadapi proses (perbicaraan) jenayah yang ditetapkan selaras dengan perundangan negara," ujarnya pada sidang media di pejabat Peguam Negara, di sini.

Baginya, kes tersebut harus berpijak atas prinsip keadilan, iaitu seseorang itu tidak bersalah sehinggalah dia dibuktikan bersalah.
"Mana-mana Orang Kena Tuduh (OKT) berhak mendapatkan pembelaan di bawah undang-undang jenayah," ujarnya.

Beliau turut menyangkal dakwaan beberapa pertubuhan NGO pro Melayu kononnya Majlis Peguam melindungi dua saspek yang juga pengamal undang-undang.

"Kami hanya berkuasa menyelia amalan guaman seseorang peguam, salah laku jenayah selain dari amalan guaman di luar bidang kuasa kami."

"Sekiranya mana-mana ahli kami disabitkan bersalah di mahkamah, pembatalan nama dari senarai peguamcara dan peguambela akan dilakukan," ujarnya.

Tambahnya lagi, kedua-dua mereka yang terbabit sebenarnya telahpun dinyahsenaraikan dari keahlian Majlis Peguam negara pada 5 Disember 2009 lagi.

Beliau juga merayu kepada semua pihak, termasuk media supaya tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kes tersebut.

"Kami ingin merayu kepada pihak media dan pihak-pihak lain agar jangan membuat spekulasi ataupun andaian yang pada hemat kami akan menjejaskan proses siasatan," ujarnya.

Majlis Peguam negara turut menegaskan bahawa pihaknya tidak tidak akan berkompromi sekiranya mahkamah pada masa depan mensabitkan mana-mana ahli badan berkanun itu sebagai pesalah.

0 Komen pengunjong :