Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Pembunuhan Altantuya, Sosilawati Ada Persamaan

SHAH ALAM 21 Sept - Pembunuhan kejam terhadap ahli perniagaan terkemuka, Datuk Sosilawati Lawiya serta tiga rakan beliau menimbulkan persoalan di kalangan rakyat berhubung motif pembunuhan yang dilihat mempunyai banyak persamaan dengan pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu empat tahun lepas.
Ahli Parlimen Batu, Tian Chua berkata kes Altantuya sehingga kini masih lagi menjadi misteri dan hangat diperkatakan di kalangan rakyat dam masyarakat antarabangsa.
Malah kes Altantuya telah sampai ke peringkat antarabangsa di mana ia kini sedang disiasat secara serius oleh mahkamah Perancis berhubung skandal rasuah pembelian kapal selam Scorpene yang didakwa membabitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
"Kedua-dua kes ini mempunyai persamaan dan perbezaannya, iaitu ianya dilakukan secara kejam, di mana Sosilawati dibakar manakala Altantuya diletupkan dengan bom C4 dan perbuatan ini sudah pastinya bukan dilakukan oleh orang biasa.
"Dalam kes Altantuya, suspek utama ketika itu, Razak Baginda dikatakan mempunyai hubungkait dengan orang politik yang berpengaruh dan aspek ini ada persamaan dengan kes Sosilawati. Menurut laporan media suspek utama dikatakan mempunyai hubungan dengan pemimpin tinggi MIC dan Barisan Nasional.
"Pihak tertentu seolah-olah cuba menutup perkara tersebut daripada pengetahuan rakyat dan telah menimbulkan kemusykilan," kata Tian Chua kepada Suara Keadilan.
Berhubung polis tindak polis bertindak dengan cekap dan pantas menyelesaikan kes pembunuhan jutawan kosmetik itu, Tian berkata beliau tidak mempertikaikannya tetapi apa yang membingungkan adalah tindakan susulan mengenai motif pembunuhan kedua-dua kes itu yang sehingga kini menjadi misteri.
"Betul, Najib memberikan pujian kepada pihak polis yang bertindak cepat berhubung kes pembunuhan Sosilawati yang dianggap sebagai kes berprofil tinggi. Ini kerana Sosilawati tidak ada kena-mengena dengan beliau, sebab itulah beliau tidak kisah pihak polis bertindak tegas.
"Tetapi dalam kes Altantuya, beliau seolah-olah tidak kenal siapa Razak Baginda, Najib nampaknya tidak telus dan tidak boleh menjawab persoalan yang bermain di dalam kotak pemikiran rakyat," tegas Tian Chua lagi.

0 Komen pengunjong :