Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Anak dakwa Jones sakit otak

BERLIN - Anak perempuan kepada paderi kontroversi Amerika Syarikat (AS), Terry Jones iaitu Emma mendakwa bapanya itu sudah hilang siuman selepas disingkirkan oleh kumpulan gerejanya sendiri di Jerman.
Keadaan tersebut menyebabkan bapanya yang berusia 58 tahun itu terpaksa berhijrah ke Florida dan mewujudkan kumpulan ajaran pelampau Kristian, Dove World Outreach Center di Gainessville yang berfahaman keras anti-Islam.
"Saya fikir dia sudah jadi orang gila malah diberitahu, pengikut gereja itu menjalani proses pembersihan minda keterlaluan dan diancam kononnya akan dihukum tuhan," katanya kepada akhbar talian popular Jerman, Spiegel.
Emma mendakwa pernah beberapa kali mengirim e-mel kepada bapanya bagi menggesa dibatalkan rancangan pembakaran kitab suci al-Quran semalam sebagai memperingati peristiwa 11 September 2001, namun ia tidak dipedulikan.
Dalam pada itu, Presiden AS, Barack Obama dalam satu sidang akhbar di White House, Washington kelmarin sempena ulang tahun kesembilan serangan terburuk itu memberi amaran, tindakan Jones sudah pun menjejaskan imej AS di seluruh dunia.
"Sebagai Presiden AS, saya akan melakukan yang terbaik dan mengingatkan rakyat AS yang percaya kepada tuhan walaupun berbeza nama, musuh AS sebenarnya bukanlah Islam, tetapi al-Qaeda dan rangkaian pengganasnya," tegas Obama. 

- Agensi/ KosmoOnline

0 Komen pengunjong :