Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Umno-BN Selindung Kebenaran Dari Rakyat

Kerajaan Umno/BN kerap menyembunyikan fakta sebenar dan mengelirukan rakyat untuk menutup sebarang kepincangan serta salah urus dalam pemerintahan mereka
Yang Dipertua Parti Islam SeMalaysia (PAS) Lenggong, Haji Razman Haji Zakaria berkata, salah urus Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) yang menyaksikan pendapatan llembaga terbabit jauh lebih rendah jika dibandingkan dengan syarikat pengusaha ladang kelapa sawit lain di Malaysia adalah salah satu contoh Umno/BN cuba menyembunyikan kebenaran dari rakyat..
Berucap kepada hadirin Himpunan Warga Felcra di Felcra Bandar Seberang Perak pagi tadi, Razman telah mengemukakan perbandingan antara Felda dan beberapa syarikat seperti Sime Darby dan IOI Group.
"Pendapatan purata sehektar Felda ialah RM1,200 sebulan, tetapi Sime Darby mampu mendapat RM3,380 sebulan per hektar. IOI Group pula sebanyak RM10,558 sebulan per hektar.
Ini bermaksud pendapatan sehari sehektar Felda hanya RM40! Dan saya rasa pendapatan sehari sehektar di Felcra lebih rendah dari itu. Apa yang terjadi dengan pengurusan Felda sehinggakan perbezaan pendapatan amat jauh dibandingkan dengan Sime Darby atau IOI Group yang tidak mempunyai ladang atau aset seperti Felda," jelasnya lagi
Beliau menambah, kalau pengurusan Felda cekap dan mengambil tanggungjawab terhadap kerja dan nasib warga Felda tanpa mementingkan poket mereka sendiri, sudah tentu Felda mampu menjana pendapatan lebih banyak lagi.
Kata beliau, warga Felcra patut ketengahkan isu yang sama kepada pengurusan Felcra kerana itu merupakan hak peneroka Felcra mengetahui apa pendapatan Felcra agar dapat membuat perbandingan dan mengetahui samada terdapat juga kepincangan di dalam pengurusan Felcra.
"Kita orang Melayu cepat hilang semangat dalam hal-hal menuntut keadilan sebegini. Sebagai contoh, jika seorang anak Melayu mati di dalam lokap, kita hanya katakan 'nak buat macam mana? dah mati dah'.
Kalau seorang anak Cina mati dalam lokap, bergemuruh masyarakat Cina tanpa mengira asal-usul keluar menuntut keadilan. Kenapa kita tidak begitu? Inilah yang perlu kita ubah jika mahukan masa hapadan yang lebih baik untuk generasi akan datang," tegas Razman.
Mengulas perlantikan Datuk Ahmad Bakke ke dalam Sime Darby Group, beliau mendakwa Bakke mempunyai sejarah di mana setiap syarikat yang diterajuinya pasti menjunam jatuh.
"Dulu Bakke di Felcra, pendapatan terus jatuh. Dipindahkan ke Felda, yang itu kita semua tahu apa yang telah terjadi. Sekarang Bakke pindah ke Sime Darby yang sememangnya sudah hampir muflis. Tak tahulah apa akan terjadi selepas Bakke penerajuinya," kata beliau.
Tindakan polis menyekat kedatangan orang ramai semalam mencerminkan langkah dan fahaman Umno-BN yang tidak mahu kita faham apa yang sebenarnya berlaku di dalam pentadbiran negara, negeri dan syarikat berkait kerajaan (GLC) yang dibawah kawalan kroni mereka," kata beliau lagi.
Menurutnya, memang kerja Umno-BN bagi orang tak faham, jika orang ramai faham Umno-BN tak akan dapat menang pilihanraya dan apa yang Pakatan  mahu ialah mendedahkan penyelewengan ini agar rakyat kita tahu dan faham sejauh mana meeka telah dipergunakan.

0 Komen pengunjong :